'/>

Kadang-kadang kesian sama pembangkang di Sarawak. Mereka ketandusan isu sehingga isu "angpow raya" Rumah Terbuka CM pun dijadikan isu.

Apa pembangkang ingat Konsep Rumah Terbuka dibuat hanya untuk mendapatkan "angpow raya" sahajakah ?

Rumah Terbuka CM dianjurkan agar rakyat dari segenap lapisan masyarakat dan umur dapat berjumpa sambil beramah mesra dengan CM Abg Jo.

Inilah masalah pembangkang terutamanya DAP. Otak hanya ligat untuk fikirkan benda negatif sahaja.

Bintangor...kehadiran kenderaan yang banyak semasa Sambutan Hari Raya menyebabkan Q panjang di Feri Sg Sian.
Kehadiran pihak polis berjaya melancarkan traffik dikawasan berkenan.
Harap semua pengguna bersabar dan patuhi arahan pihak berkuasa.

KUCHING: Barisan Nasional Sarawak dijangka menampilkan sekurang-kurangnya enam muka baharu dalam pilihan raya umum (PRU) Ke-14.

Penganalisis politik berkata, parti tulang belakang BN, Parti Pesaka Bumiputera akan menampilkan sekurang-kurangnya empat muka baharu termasuk Parlimen Mukah, Puncak Borneo, dan Betong yang masing-masingnya tambah Datuk Amar Douglas Uggah Embas, diwakili Dr Muhammad Leo Michal Toyad, Dr James Dawos Mamit.

Prestasi Leo yang tidak memuaskan dan tempoh perkhidmatan yang terlalu lama antara faktor bekas menteri pelancongan dan timbalan menteri pelajaran itu digugurkan.

James Dawos pula bakal digugurkan kerana masalah kesihatan.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas Ahli Parlimen Betong dijangka akan memberi laluan kepada muka baharu.

Douglas, Ahli Dewan Negeri Bukit Saban ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Calon bagi kerusi Betong bagi PRU nanti kemungkinan besar ialah Robert Lawson Chuat, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Saban.

Biasanya BN menampilkan sekitar 30 peratus muka baharu dalam setiap pilihan raya bagi proses peremajaan dan kesinambungan, selain atas faktor prestasi calon.

Baca lanjut :Sarawakvoice 

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY