'/>

Tidak sampai beberapa jam selepas Kastam mengarahkan semua syarikat telekomunikasi dikehendaki mengekalkan harga asal kad prabayar berdasarkan kepada konsep ‘tax inclusive’ (termasuk cukai) berkuatkuasa 1 Mei ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menolak arahan tersebut.

Pagi tadi media melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, surat arahan berhubung supaya harga kad prabayar dikekalkan telah dihantar kepada semua syarikat telekomunikasi semalam bagi memastikan syarikat-syarikat itu patuh dengan arahan tersebut.

Beliau berkata, melalui arahan terbaharu itu setiap harga kad prabayar telah dimasukkan dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kaedah itu sama seperti penguatkuasaan cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan.

Bagaimanapun, SKMM yang bertanggungjawab mengawal selia industri telekomunikasi membuat kenyataan akhbar melalui laman Facebook mereka bahawa isian semula prabayar akan terus dijual dengan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) ditambah kepada amaun isian semula.

Sebagai contoh, isian semula RM10.00 akan dijual pada harga RM10.60 termasuk GST 6%, perjelas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Dato’ Sri Dr Halim Shafie.

“Seperti kenyataan kami pada 3 April 2015, satu kajian akan dijalankan oleh pembekal komunikasi untuk menilai sama ada pelanggan memilih nilai isian semula yang lebih rendah selepas GST dikenakan. Sebagai contoh, isian semula RM10.00 boleh dijual pada harga RM10.60 (isian semula RM10 dengan tambahan 6% GST) atau RM10.00 (isian semula dengan nilai RM9.43 dengan tambahan 6% GST).”

Siapa yang lebih berkuasa sebenarnya, Kastam atau SKMM? Mengapa SKMM tidak boleh mengikut arahan Kastam yang merupakan pihak pengawal selia pelaksanaan GST ini?

Mungkin sudah tiba masanya Menteri Komunikasi dan Multimedia pecat sahaja Pengerusi SKMM Datuk Sri Dr. Halim Shafie ini. Beliau tiada kuasa untuk menidakkan arahan Kastam dalam isu GST.

Sebagai badan pengawal selia industri adalah tanggungjawab SKMM memastikan dasar dan polisi kerajaan dipatuhi oleh syarikat telekomunikasi (telco) bukannya menjadi agen menjaga kepentingan mereka.

SKMM perlu sedar tanggungjawab mereka menjaga kepentingan rakyat dari ditindas oleh Telco bukannya menjaga kepentingan Telco.sumber:mkmu.net

Sarawak berjaya menarik pelaburan berjumlah RM9.6 bilion pada tahun lepas sekali gus muncul sebagai negeri kedua tertinggi selepas Johor sebanyak RM21.2 bilion.

Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata jumlah itu merupakan 15.7 peratus lebih daripada RM8.3 bilion yang dicapai pada 2013.

“Dari segi pelaburan langsung asing (FDI), Sarawak sebenarnya menunjukkan prestasi amat cemerlang dengan menarik pelaburan asing berjumlah RM8.4 bilion pada 2014,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri semalam.

Ia merupakan jumlah lebih tinggi berbanding FDI dicapai Johor sebanyak RM7.86 bilion dan Pulau Pinang RM5.11 bilion.

Manakala RM1.2 bilion datang daripada pelaburan domestik.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata sumber utama pelaburan ialah daripada Jepun dengan nilai RM5.1 bilion berbentuk produk kimia.

Seterusnya, RM1.25 bilion daripada usaha sama antara Jepun, Afrika Selatan dan Taiwan dalam produk besi.

Usaha sama Malaysia dan Singapura dalam industri produk besi bernilai RM1.61 bilion.

Manakala, produk besi asas kira-kira RM1 bilion.

“Pelaburan-pelaburan ini dijangka menyediakan 2,522 peluang pekerjaan secara langsung di negeri ini,” katanya.

Beliau menambah, Jawatankuasa Penyelaras Perindustrian Negeri (ICC) telah meluluskan 56 projek dengan jumlah RM575.9 juta pada 2014.

Daripada jumlah itu, RM572.9 juta merupakan pelaburan terus domestik manakala RM3 juta merupakan FDI.

Pelaburan terus domestik kebanyakannya terbabit dalam pergudangan dan logistik, pemprosesan makanan, produk berasaskan kayu dan bukan besi.

“Pelaburan-pelaburan ini dijangka menyediakan peluang pekerjaan terus kira-kira 2,088 penduduk di negeri ini,” jelasnya.

Sejumlah 19 projek yang bernilai RM30.44 bilion diluluskan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Ia menyediakan 16,044 peluang pekerjaan terus.

Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu merupakan kawasan terbanyak projek iaitu bernilai RM25.18 bilion, disusuli Tanjung Kidurong (RM2.55 bilion), Tanjung Manis (RM2.11 bilion) dan Mukah (RM0.6 bilion).

“SCORE akan terus menjadi pemangkin utama pembangunan dan perindustrian Sarawak. Setakat ini SCORE telah melepasi jangkaan kita.

“Penyampaian dan prestasi projek adalah lebih berbanding koridor yang lain, sekali gus menjadi asas kukuh bagi membina keyakinan di kalangan pelabur,” ujarnya.

Chong buat kejutan lagi. Hari ini kerajaan memohon peruntukan tambahan khas lebih kurang sebyk RM250juta utk projek pembangunan Luar bandar.
Tapi Chong DAP mempersoalkan kenapa peruntukan tambahan ini diperlukan sedangkan YAB CM sudah umumkan Belanjawan bulan November yg lepas.
Seterusnya Chong DAP buat tuduhan bahawa Peruntukan Tambahan ini adalah utk "Membeli Undi" pengundi2 Luar Bandar.
DAP mungkin merasa tergugat kerana Adenan  'Cakap Serupa Bikin'. Adenan sudah kata byk kali ingin merapatkan jurang Keselesaan antara orang Bandar dan Desa.
Sebab itu Adenan minta Peruntukan Tambahan utk Projek Desa.
Tidak kira apa DAP kata, yg penting projek byk masuk ke kampung dan Rumah Panjang.
Utk makluman DAP, jangan main tuduh2 kata Undi kami di luar bandar mudah di beli. Jangan hina kami, tolong respect sikit.
Kami cuma mahu byk pembgnan masuk ke kawasan kami.
Kalau Ketua Menteri Adenan mahu beri kesenangan kepada kami di rumah panjang, apa salah nya. DAP jeles ka?
Hello Chong DAP, lu punya Projek Impian Swk itu sebenarnya rasuah politik. Kenapa DAP buat projek di kawasan terpilih sahaja? Projek Impian Swk DAP yg sekandang Kera pun bising satu Negeri.

Usul yg di bentang oleh Chong DAP secara ringkasnya menyatakan bahawa:
ADALAH KEINGINAN MAJORITI RAKYAT PERIBUMI SARAWAK UNTUK DISATUKAN DI BAWAH SATU IDENTITI IAITU BANGSA "DAYAK".
Menurut Chong DAP bangsa "DAYAK" adalah terdiri drpd berbagai etnik di Swk kecuali MELAYU.
Menurut beliau lagi, kaum DAYAK adalah terdiri dr Etnik berikut:
Bidayuh, Bukitans, Berawan, Bisayah, Dusun, Iban, Kadayan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lakiput, Lugat, Lisum, Melanau, Murut or Lun-Bawang, Penan, Sian, Tagal, Tabun, Tering dan Ukit.'
Ayat Chong yg menjadi kemusykilan di sini ialah apabila beliau berkata:
"KEINGINAN MAJORITI RAKYAT PRIBUMI SWK.."
Apakah dan Bila masa kah Chong di beri MANDAT oleh semua kaum Etnik Swk utk mewakili "Keinginan" mereka utk di kategorikan sebagai Bangsa "DAYAK"..?
Semasa sidang Media, Chong DAP bertanya, mengapa YB BN bukan "DAYAK" bangun untuk membantah Usul beliau? Mana YB2 "DAYAK" dr BN tidak bersuara?
Sebenarnya YB Syarifah. Hasidah membantah dari aspek perundangan dan procedure.
Definisi Bumiputera Swk adalah dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Art.161A (7).
Apa yg Chong DAP perlu lakukan dahulu ialah mencadangkan supaya peruntukan dlm Perlembagaan Persekutuan di pinda dahulu. Pindaan ini hanya dapat dilakukan di Parlimen, bukan di Dewan Undangan Negeri.
Sebagai seorang Ahli Parlimen dan seorg Peguam, Chong DAP sepatutnya lebih arif ttg proses ini.
Tindak tanduk Chong DAP membawa usul definisi "DAYAK" dalam persidangan DUN kali ini adalah salah satu manifesto Hipokrit politik DAP yg bertaraf Wali.
Malah Chong tidak dapat menjawab bila di tanya apakah ada perbezaan antara kaum "Penan' atau 'Punan'.
Pendek kata, Chong DAP sebagai "Taiko" DAP Swk semakin berani utk bercakap spt menghina atau mengkotak-katik kecerdikan org Bumiputera Swk.

Dgr crita dr rakan di Pejabat Perhutanan, ketegasan CM utk membenteras Pembalakan Haram telah menyebabkan  byk Sawmill2 yg disyaki memproses balak haram telah diredah oleh penguatkuasa secara mengejut. Ada juga beberapa Sawmill tiba2 di tutup atau berhenti beroperasi.

Dlm persidangan DUN hari ini, kerajaan bentang Undang-undang yg mengenakan Hukuman yg jauh lebih berat dr denda dulu.
Denda baru sehingga beratus ribu ringgit, penjara dan kena kompaun lagi sebanyak 10 Kali ganda nilai balak yg di rampas.

Tapi yg pelik, mengapa nada DAP di Dewan Undangan hari ini seperti tidak menyokong undang2 baru ini.

Apakah kemungkinan gangter2 yg terlibat dgn pembalakan haram ini adalah penyokong kuat mereka.

Kepada Penduduk kampung Bintangor yang suka berkaraoke boleh menyertai program ini...sumbangan yang diperolehi akan diserahkan kepada Pihak KRT Kampung .Wang ini akan digunakan untuk membeli barang makanan untuk geng jaga kampung di simpang Bukit Melot....
P/s:Mun rasa Sik dapat  jaga . sumbangan2 lah derma...

Blogger penuh kontroversi, Alvin Tan sekali lagi bertindak biadab terhadap umat Islam dengan merakam 'lagu Azan'.

Tinjauan Sinar Online mendapati video terbarunya bertajuk 'Muslim Call to Prayer - Azan (R&B cover)' yang dimuatnaik semalam dikecam orang ramai, termasuk orang bukan Islam.

"Si bodoh ni semakin menaikkan darah saya," kata seorang pelayar, Eugene.

"(Tindakan) Ini sangat bodoh. Anda menghina orang Islam. Untuk Apa? Apa tujuan buat semua ini?" kata Matthew.

"Ini sudah keterlaluan. Saya bukan orang Islam tapi kamu tak patut berbuat begini." kata Danny.

Alvin yang memberi tindak balas di dalam komen-komen bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang penyesalan ataupun mengaku kesilapannya.

Beliau juga bertindak menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Alvin yang masih dilihat berbangga dengan statusnya sebagai blogger kontroversi dikatakan semakin berani melakukan penghinaan kerana beliau melarikan diri ke luar negara

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY