'/>

Dimaklumkan bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ, اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Salam takziah daripada warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk ahli keluarga Tuan Guru Datuk Dr Haron Din di atas berita kematian Allahyarham yang telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University US, pagi tadi. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para syuhada dan solihin. Al-Fatihah.

Perginya satu lagi permata

Kuala Lumpur: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California, sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.

Turut berada di sisi Allahyarham ialah semua ahli keluarga terdekat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi ketika mengesahkan perkara itu berkata, maklumat lanjut akan menyusul daripada pihak keluarga Allahyarham Tuan Guru.

"Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University Amerika Syarikat.

"Semoga Allah swt mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh," katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum itu Allahyarham ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California akibat komplikasi jantung yang kritikal.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.

Allahyarham mula menjawat jawatan tertinggi PAS itu pada tahun lalu selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Mula bergiat aktif dalam parti sejak tahun 1974 sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983).

Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama dan Timbalan Mursyidul Am.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/166840

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY