'/>


Satu operasi bersatu yang dinamakan Ops Gergaji yang melibatkan 4 agensi penguatkuasa yang telah dilancarkan sejak 12 Mei 2015.Sebanyak 1785 Balak bernilai RM 1 Juta milik Syarikat pembalakan Sarawak disita.
Ops Gergaji diadakan bagi membanteras kegiatan rasuah,pembalakan Dan penebangan hutan secara haram di Sarawak serta  perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan.
Ops ini melibatkan lebih 400 anggota serta membekukan sebanyak 519 akaun syarikat Dan individu bernilai hampir RM700 juta.
Di Miri sebanyak 13 premis  telah diserbu ,diikuti Kuching 12,Sibu 12 ,Bintulu 6,Bakun 4 Dan 2 Kapit.
Beberapa jentera berat bernilai  RM 800,000 telah disita di Bakun.
Setakat ini 14 individu telah yang terdiri daripada pengarah Dan pengurus syarikat kilang papan Dan kolam Balak telah dipanggil untuk membantu siasatan.
Operasi  bersepadu ini membuktikan komitmen padu Kerajaan persekutuan Dan kerajaan Negeri dalam menerangi kegiatan rasuah didalam sektor pembalakan disamping membendung aktiviti pembalakan Dan penebangan hutan secara haram yang berleluasa di Sarawak.Adalah dipercayai perbuatan ini telah mengakibatkan kerugian sebanyak berbilion ringgit kepada Kerajaan persekutaan Dan kerajaan Negeri Sarawak .Langkah ini bertujuan melndungi khazanah alam sekitar Negeri Sarawak.
SPRM memandang serius terhadap isu pembalakan haram di negara ini Dan komitmed  untuk memerangi kegiatan rasuah secara menyeluruh Dari semasa ke semasa.

Datuk Seri Mohd .Shukri Abdull
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,Sibu
15 Mei 2015

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY