'/>

Semoga Berjaya Muhammad 'Asri...Amin

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah pastinya akan meletakkan beberapa calon muka baharu di berapa kawasan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ke-11 yang akan datang.

Ini didedahkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem yang juga Pengerusi PBB pada satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Ibu Pejabat Parti PBB, Bako di sini pagi tadi.

Walaupun begitu, Adenan juga masih berteka teki mengenai 11 calon BN yang akan bertanding di 11 kawasan DUN baharu sepertimana yang telah diluluskan oleh SPR baru-baru.

"Setiap Pilihan Raya pastinya ada perubahan, muka baru atau muka lama mungkin ada pergi namun terdapat beberapa wakil rakyat yang menyuarakan hasrat untuk berundur, ada yang menyatakan dapat mempertahankan kerusi untuk sepenggal lagi dan sebagainya."

Beliau menjelaskan, mesyuarat MKT PBB yang selama tiga jam pagi tadi membincangkan persiapan strategi PBB untuk di adaptasikan dalam PRN yang akan datang.

"Semestinya saya tidak dapat mendedahkan apakah strategi tersebut namun ianya adalah pendekatan komprehensif dalam PRN tersebut."

"Kita juga membincang bila PRN akan diadakan tapi saya juga tidak dapat mendedahkan kepada anda semua bila ianya kemungkinan akan diadakan namun apa yang pasti ianya akan berlangsung sebelum 30 Jun tahun depan," kata Adenan lagi.

"Anggota MKT juga telah sebulat suara telah mempersetujui dengan semua yang telah kami cadangkan, segala dasar yang telah diumum, segala perlantikkan yang telah dibuat setakat ini," katanya sambil mengucapkan terimakasih atas sokongan padu mereka.

"PRN akan diadakan pada masa yang sesuai dan untuk rekod, jumlah shli PBB terkini adalah seramai 300,000 orang."

Ditanya mengenai keyakinannya kepada PBB dalam PRN nanti, Adenan berkata, "InsyaAllah, rasa PBB dapat memenangi semua kerusi baru (termasuk sekurang kurangnya lima kerusi baru) namun ianya tidak akan membuat beliau sombong atau takbur tapi lebih merendah diri."

Selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB tersebut, Adenan dan pemimpin-pemimpin PBB yang lain kemudiannya menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Menteri di venue yang sama. - Sarawakiana

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY