'/>

KKMM akan siasat dakwaan syarikat pengendali televisyen berbayar, Astro, mengenakan caj dan penalti tersembunyi kepada pelanggannya.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan Lim Guan Eng diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tuduhan.  Phang Li Khoon dibenarkan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin tanpa syarat tambahan

 Lim Guan Eng

Perkembangan terkini kes 2 pertuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri  Lim Guan Eng telah pagi ini  ialah kes ini  dipindahkan ke Mahkamah Tinggi . 

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali
Pendakwaan akan diketuai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang semalam mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Lim dan ahli perniagaan Phang Li Khoon.
Hari ini dianggarkan 200 orang sahaja penyokong Guan Eng hadir di perkarangan mahkamah yang dikawal ketat oleh POLIS . 
Penyokong DAP sudah memenuhi pakaran Mahkamah Sesyen menunggu kedatangan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Khoon akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di sini hari ini di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lim dan Phang ditahan SPRM semalam berhubung isu pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran hartanah di kawasan itu.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dijadual mengetuai barisan pendakwaan.

Foto by UN

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sehingga kini belum membuat sebarang keputusan mengenai permohonan menyertai parti daripada sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga calon langsung BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

Setiausaha Agung PBB Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, ia hanya diputuskan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PBB diadakan dan permohonan adalah perlu melalui prosedur.

“Kita belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini sehingga mesyuarat MT diadakan dan mereka juga perlu melalui proses atau prosedur untuk memohon menyertai parti.

“Bahkan permohonan menyertai parti juga harus diterima semua pemimpin akar umbi serta ranting parti di seluruh negeri,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau yang juga setiausaha agung BN Negeri semalam menerima kunjungan daripada rombongan bekas pemimpin akar umbi TERAS yang turut dihadiri Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Pelaburan dan Promosi Datuk Julaihi Narawi dan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol di ibu pejabat PBB di sini.

“Kunjungan ini hanya oleh sekumpulan individu bertujuan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan prosedur menyertai parti,” kata Rundi yang juga Menteri Kemudahan Awam.

Dalam pada itu antara sembilan ADUN yang memohon menyertai PBB ialah Tan Sri William Mawan Ikom (Pakan), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan Rosey Yunus (Bekenu), yang sebelum ini merupakan pemimpin TERAS.

Selain itu turut memohon menyertai PBB ialah bekas pemimpin UPP iaitu Datuk Dr Jerip Susil (Mambong), Ranum Mina (Opar) dan Dr Johnical Rayong Ngipa (Engkilili).

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY