'/>

alt
SHANGHAI - Seorang wanita China yang suatu masa dahulu pernah tersenarai antara wanita terkaya di China dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Agung China selepas beliau didapati bersalah melakukan penipuan melibatkan AS$60 juta (RM186 juta).
Menurut akhbar Daily Shanghai, mahkamah agung wilayah timur Zhejiang semalam menolak rayuan yang dikemukakan Wu Ying, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bense Holding yang terlibat dalam mengutip dana secara haram.
"Hukuman yang dijatuhkan setimpal dengan perbuatan pesalah," kata mahkamah.
Menurut Laporan Hurun yang disiarkan dalam majalah-majalah ternama di China,Wu pernah disenarai sebagai wanita keenam terkaya di China pada 2006.Agensi beritaXinhua turut melaporkansyarikatnya, Bense, menjalankan pelbagai perniagaan dari perhotelan hingga bahan-bahan binaan.
Wu dipercayai telah mengutip dana daripada golongan pelabur dengan menjanjikan pulangan sebanyak 80 peratus, namun dia menyalahgunakan wang tersebut untuk membayar hutangnya.
Bagaimanapun,hukuman mati tersebut perlu diteliti semula Mahkamah Agung Rakyat.Pihak berkuasa menahan Wu pada 2007 dan dia didapati bersalah buat kali pertama pada 2009 dan dibicarakan sejak April tahun lalu selepas mengemukakan rayuan. - AFP
Bintangor...
Sesak....





posted from Bloggeroid


BOLEH SEMAK NAMA  BANTUAN BR1M DI MERADONG TODAY BAGI NEGERI SARAWAK ,PARLIMENT P208 SARIKEI,ADUN N40 MERADONG


Setelah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor mengumumkan pengambialihan porfolio Pengerusi Hal Ehwal Islam semalam, video beliau sedang berkaraoke mula tersebar di internet.
Rakaman video itu dibuat oleh channel pro Pakatan Rakyat, ‘mediarakyat’ yang merakamkan aksi Khalid sedang berkaraoke dalam satu majlis makan malam PKR, Kuala Langat pada 11 Jun tahun lepas.
Dalam sidang media semalam, Khalid mengumumkan beliau mengambil alih porfolio Hal Ehwal Agama yang sebelum ini disandang oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dari PAS.
Khalid turut mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi, wakil dari PAS sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru untuk menjaga porfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan. AIDC
**Agak menarik apabila Khalid Ibrahim menyanyikan lagu " Biar Bulan Bicara"..tapi malangnya sekarang ni bulan ditimpa bala dan diam seribu bahasa...
-http://empayar-pemuda.blogspot.com/2012/01/malunyaexco-agama-kantoi-buat-perkara.html
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY