'/>

Seorang remaja berusia 19 tahun yang dikaitkan dengan kematian tiga beradik perempuan kini berdepan hukuman di tali gantung setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kakak mereka yang berusia 14 tahun di kawasan sawah di Kampung Alor Senibong dekat sini, November tahun lalu.Mohd. Firdaus Mohd. Faridul didakwa dengan niat membunuh Noor Syafikah Nadia Abdullah di Kampung Alor Senibong, Mukim Tajar di sini antara pukul 9.30 malam dan 11.30 malam, 29 November 2013.Dakwaan terhadap remaja yang memakai baju-T warna kuning dan berseluar jeans itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Dalam kejadian itu, mayat Noor Syafikah Nadia iaitu Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemukan dalam sebuah terusan di Langgar pada 1 Disember tahun lalu, kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka ditemui.Pada prosiding hari ini, tertuduh yang tidak bekerja hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Khairul Hafizuddin Ramli.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berasal dari Jalan Datuk Kumbar, Kampung Alor Semela di sini.Mohd. Khairul Hafizuddin menetapkan sebutan semula kes pada 4 Mac ini sementara menunggu laporan forensik dan kimia siap.Tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nor Hasnita Wan Daud manakala Mohd. Firdaus tidak diwakili peguam bela.Difahamkan seorang lagi remaja berusia 19 tahun yang ditahan berhubung siasatan kes berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah tempoh reman tamat hari ini.Mayat Noor Syafikah Nadia ditemukan tertiarap dalam keadaan separuh bogel di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 November tahun lalu.Mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma pula ditemukan dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar pada keesokan harinya kira-kira pukul 4.50 petang.Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira pukul 7.30 malam, 29 November tahun lalu untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam, yang berdekatan dengan kampung mereka.Namun, mereka tidak pulang ke rumah sehinggalah mayat mereka ditemui dalam keadaan menyayat hati.
Sumber

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY