'/>

Segala teka-teki siapa yang bakal menerajui Kerajaan Negeri Selangor akan terjawab hari ini.

Ini kerana Menteri Besar Selangor yang baharu akan menerima surat watikah atau surat perlantikan jawatan itu.

Namun siapa yang bakal menerima surat itu masih misteri.

Sudah pasti semua tidak sabar untuk mengetahui siapa pilihan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terutamaya Pakatan Rakyat (PR) yang terus-terusan mahukan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah sebagai calon MB.

Walau bagaimanapun apa yang pasti Wan Azizah bukan pilihan istana kerana langsung tidak dipanggil menghadap.

Istana juga berahsia mengenai identiti yang menjadi pilihan antara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menghadap Sultan Sharafuddin pada minggu lalu.

Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR dan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dianggap sebagai calon yang diberikan keutamaan berikutan kepimpinan PAS mengakui bahawa jawatan menteri besar adalah milik PKR.

Difahamkan Sultan telah membuat keputusan selepas “menemuduga” Azmin, Adun Chempaka, Iskandar Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi secara berasingan.

Iskandar dan Dr Ahmad Yunus dari PAS, dan kedua-duanya juga merupakan exco kerajaan negeri.

Berbeza dengan beberapa laporan, Sultan tidak perlu mengadakan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor untuk membuat keputusan dan semuanya dikatakan telah dilaksanakan.

Tiada pengumuman rasmi mengenai siapa yang telah dipilih di kalangan tiga calon berkenaan meskipun terdapat laporan yang menyatakan istana akan membuat pengumumannya pada Isnin.

Majlis angkat sumpah bagi menteri besar baharu bakal berlangsung pada esok pagi (Selasa), yang diharapkan dapat mengakhiri kemelut perebutan kuasa dalam Pakatan Rakyat bagi mengisi kerusi tersebut.

Perkembangan pada minggu lalu jelas menunjukkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak dipertimbangkan oleh istana sebagai calon menteri besar baharu.

Difahamkan Azmin telah memberi penjelasan pada mesyuarat biro politik PKR pada malam Jumaat mengenai beliau menghadap Sultan selepas bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelumnya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bagaimanapun mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa sebaliknya Iskandar yang akan mendapat jawatan itu.

Mesyuarat itu akhirnya memutuskan untuk mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan secara lanjut sekiranya Azmin dinamakan sebagai menteri besar kerana beliau perlu mendapat sokongan parti.

Pada Ahad, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim muncul bersama Sultan bagi acara akhir Kejohanan Golf Selangor Masters yang dilihat menjadi tugas dan kemunculan rasminya sebagai menteri besar bersama baginda sebelum beliau mengundurkan diri daripada memegang jawatan itu.

Sultan Selangor mencemar duli pada majlis itu bagi menyampaikan trofi pada kejohanan itu di Kelab Golf Seri Selangor.

Bnbcc

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY