Setelah penelitian dari pelayar media baru yang masih mentah di dalam blogging admin ini berkongsi sedikit kemuskilan yang bermain difikiran admin sepertimana dalam beberapa minggu kebelakangan ini blog chedet.ccyang kita semua sedia maklum penulisnya seorang yang tidak asing lagi diarena politik Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Admin cuba membaca beberapa posting lama yang ada didalam blog tersebut dan membandingkan dengan posting yang terkini (yang hangat diperkatakan oleh para bloggers dan tidak kira dari mana mana pihak.)
Artikel yang terbaru cukup kontroversi dan panas dicuping telinga para penyokong kerajaan yang menyokong kepimpinan hari ini dan ada juga yang melatah sehinggakan sanggup menghina dan membuat kritikan secara terbuka kepada Tun Mahathir.
Tetapi siapakah yang sebenarnya yang mengakses blog ini kerana terdapat kepincangan dari 2 author yang berbeza nama dan id. (tengok bulatan gambar)
Kita sedia maklum, Tun Mahathir tidak akan menafikan itu penulisan. Tapi dari pada pandangan admin yang jauh lebih mentah ini, teramat berbeza penulisan Tun M yang sebelum ini jika dibandingkan dengan penulisan yang hangat baru baru ini.
Lagipun kadang kadang admin agak terkejut bilamana admin blog chedet.cc ini memainkan point point pembangkang untuk mengasak kerajaan pimpinan DS Najib Razak.
Andainya pengarang artikel ini berbeza id nya, siapakah orang lain yang mempunyai akses untuk menulis sedemikan rupa?!
Sumber:daengseli.blogspot.com