'/>

Boleh tahan No17...

UPDATE ON RABIES: KENYATAAN MEDIA DARIPADA SEKRETARIAT JAWATANKUASA PENGURUSAN Bencana, JULAI 30, 2017.

Bandar Baru Semariang, Kg Atas Singai, Kg Mundai (Padawan), Kg Rantau Panjang (Batu Kawa) Uni Garden (Kuching Outer Ring Road), Kg Peninjau Baru, Semariang Aman, Taman Keluarga, Xafa Villa (Jln Fock Fun) (Batu Kawa) adalah NEGATIF ​​daripada Rabies Virus.

JAHANAM admin abok BERSATU Sarawak HARAM.. orang beribadah pun ko fitnahkan juak.. mun ko benar-benar anak jantan unblock saya, biar saya nguar page ko .. apa kaitan pemimpin sembahyang dengan pilihanraya?  Ko tauk kah bila mok pilihanraya? Program DS Fadillah tok adalah acara tahunan kementeriannya.. bukan kedak Tun M, baruk kinek tok kononnya nok berjuang untuk rakyat.. 22 tahun dah kenak bulak rakyat Malaysia you-you..
Sumber :FB Salfian Nawawi

Bintangor:Sumbangan kepada mangsa Kebakaran RH Labang ,Sg Tulai...daripada PBB N46 Meradong...

Pihak KASM dan Butik Ameiye turut menghantar sumbangan kepada mangsa kebakaran...

Syabas dan Terima kasih kepada semua penyumbang...

Terima kasih besar untuk tindakan segera dan bantuan daripada YB Datuk Kuong Hiing Ding, agensi kerajaan, gereja, individu bagi membantu mangsa kebakaran 35 pintu rumah panjang berhampiran Sg Tulai, Rh Labang Bintangor. A tempat tinggal dan tempat untuk tinggal di adalah keutamaan mereka sekarang, tetapi beberapa bantuan lain masih lagi diperlukan.

Bintangor:Kasm Meradong dan Butik Ameiye melawat mangsa kebakaran di Rh.Labang Tulai

27.07.2017

UPDATE ON RABIES - KENYATAAN MEDIA

WABAK RABIES DI NEGERI SARAWAK 2017

26 JULAI 2017

Pada hari ini sebanyak 300 ekor anjing telah divaksin dalam Program Pelalian Wabak Rabies bertempat di Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) Kota Sentosa. Ini menjadikan jumlah haiwan kesayangan yang telah divaksin setakat ini adalah 18,144 ekor yang terdiri daripada 10,504 ekor anjing, 7,595 ekor kucing dan 45 ekor haiwan lain.

Buat masa ini stok simpanan vaksin untuk haiwan adalah mencukupi. Pihak JPVS akan melakukan operasi pemvaksinan secara besar-besaran dan terancang dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui media masa.


Keputusan Mesyuarat Penyelarasan JPBN (Wabak Rabies) Bil 7/2017 telah memutuskan agar (Buffer Zone) kawasan penampan diwujudkan diantara Sarikei sehingga ke Sri Aman untuk mengekang penularan Wabak Rabies di kawasan lain. Di dalam zon penampan , pihak JPVS akan melakukan survelan dan mengambil sampel anjing untuk ujian makmal di semua kawasan Bandar untuk menentukan status kawasan tersebut. Pihak Majlis Kerajaan Tempatan telah mengambil tindakan untuk memastikan tiada anjing liar berkeliaran di kawasan seliaan mereka.

Dari masa ke semasa, JPBN akan sentiasa memastikan SOP pengurusan Wabak Rabies akan dikemaskin. Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pencegahan dan Pengawalan Wabak Rabies (Sarawak-Kalimantan Barat) telah bersetuju agar kerjasama diantara dua negara di wujudkan seperti berikut:

1. Mewujudkan komunikasi dua hala melalui JPVS dengan Dinas Kesehatan Hewan
2. Bertukar maklumat berkenaan dengan Wabak Rabies
3. Mewujudkan (Immune Belt) di kedua-dua sempadan
4. Melarang eksport dan import haiwan
5. Bertukar pengalaman dan latihan sekiranya perlu.

JPVS juga setakat ini, telah mengadakan sebanyak 117 kempen kesedaran mengenai wabak penyakit Rabies di kampung-kampung dan sekolah di kawasan terlibat yang dihadiri oleh 25,212 orang peserta.


JPVS akan meneruskan program pemvaksinan, survelan, kempen kesedaran dan penyiasatan kes-kes aduan berkaitan wabak penyakit Rabies di kawasan-kawasan yang terlibat sebagai langkah mengawal penularan wabak tersebut.

JPVS memohon kerjasama daripada semua pihak yang mana haiwan mereka telah divaksinasi untuk mengurung dan memerhati tingkah laku haiwan masing-masing. Sekiranya terdapat perubahan sikap dari jinak ke ganas, menggigit sebarang benda yang bergerak, takut air dan cahaya, menyendiri, air liur berlebihan, gelisah dan agresif sila buat aduan ke Bilik Operasi Negeri JPBN Sarawak di talian 082-443 991 / 446 991 dan faksimili 082-442 730


Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memaklumkan bahawa secara kumulatif dari 02 Julai 2017 hingga 26 Julai 2017 sebanyak 490 kes gigitan baru telah dikesan, di mana bahagian Serian 31 kes gigitan dan bahagian Kuching 57 kes gigitan dilaporkan pada hari ini. Tiada kes gigitan baru dilaporkan dari Bahagian Sri Aman pada hari ini. Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku semenjak 01 April 2017 hingga ke hari ini berjumlah 963 kes. Berdasarkan data di klinik gigitan anjing di Hospital Umum Sarawak dan di Hospital Serian, seramai 583 orang telah datang untuk menerima suntikan
vaksin.

Untuk makluman, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mewujudkan 4 buah Klinik Gigitan Anjing (Dog Bite Clinic) iaitu di Hospital Umum Sarawak,
Hospital Serian, KK Sentosa dan KK Sri Aman untuk memberi perkhidmatan pengurusan kes gigitan anjing bagi pesakit yang tinggal berdekatan. Bagi kes gigitan anjing yang berlaku di luar kawasan 4 klinik tersebut dinasihati untuk pergi ke klinik kesihatan atau hospital yang terdekat untuk mendapatkan rawatan. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memohon masyarakat yang mempunyai sejarah gigitan anjing dalam tempoh 1 April 2017 hingga sekarang untuk membuat pemeriksaan di fasiliti kesihatan yang terdekat.

Orang ramai dinasihati untuk terus mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti wabak rabies.

1. Cuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air mengalir bagi menghilang kesan air liur;
2. Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan haiwan seperti anjing atau kucing kesayangan yang agresif atau anjing liar.
3. Pastikan anjing atau kucing kesayangan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama haiwan atau anjing liar.
4. Jika anjing atau kucing kesayangan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak.
5. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tingal; dan
6. Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing dan kucing kesayangan.

Disediakan oleh:

Sekretariat

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak

26 JULAI 2017

Sesi Dialog bersama YB Menteri dan Ketua-ketua Masyarakat Tempatan berhubung cadangan Pembinaan Jambatan Muara Lassa dan Jambatan Batang Paloh, Bahagian Mukah anjuran Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak di Dewan KEMAS Daro.

Bintangor:Kebakaran dipercayai bermula sekitar jam 12 tengahari tadi..RH Labang mempunyai 38 pintu. Laluan masuk dari jalan utama panjang 8km.Disyaki 1 mangsa (P) mati. Identiti mangsa belum diketahui.berita lanjut menyusul.

Sarikei:Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik  (BSJN) IPD Sarikei menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan penyalahangunaan dadah. Kesemua suspek  berusia antara 17 hingga 30 tahun itu ditahan di sekitar Sarikei, semalam. Hasil saringan air kencing, ketiga-tiganya positif dadah jenis THC, AMP dan Meth. Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tangkapan itu merupakan satu lagi kejayaan terkini Polis Sarikei dalam usaha membentras kegiatan jenayah terbabit. - Tahniah PDRM!

Sekadar hiasan 

Kebakaran bangunan Telekom di Jalan P. Ramlee Kuching yang berlaku petang ini. Setakat ini punca kebakaran dan nasib mangsa masih lagi tidak diketahui

UPDATE RABIES - Dua kawasan baru terjejas.
Berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga. Elakkan bersentuhan dengan haiwan yang sesat.
#sodoakroks
#JAPENSarawak

Seorang lelaki cina telah ditahan oleh pihak PDRM Sarikei yang dipercayai menjual nombor ekor haram di Kedai Runcit,Jalan Wharf Sarikei.Turut dirampas telefon,mobile printer,Kertas bercetak angka dipercayai judi loteri awam (Resit)dan wang tunai berjumlah RM 150.00.Saspek kemudianya di tangkap dan di bawa balik ke Balai Polis Sarikei untuk siasatan lanjut di bawah ARJT 1953 kerana menjalankan kegiatan loteri haram .
Foto by :PDRM Sarikei

Sarikei:Pihak Polis Sarikei telah menahan 6 Lelaki Cina tempatan umur 19 hingga 47 tahun yang menjalankan perjudian sabong ayam di kawasan Kelang Sabong Ayam Jalan Ming Teck, Sarikei.Turut dirampas 2 ekor ayam yang telah mati, 2 bilah taji ayam dan wang tunai RM173.00.

Semua suspek kemudianya di tangkap dan di bawa balik ke Balai Polis Sarikei untuk siasatan lanjut di Bawah Peraturan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (Ayam Sabong) 1962 .

Aksi YB Datuk Norah...dalam acara memasak...

KENYATAAN MEDIA
WABAK RABIES DI NEGERI SARAWAK 2017
23 JULAI 2017 @ 8.30 pagi

Perbincangan YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak bersama YB Senator Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak bertempat di Hangar Hornbill Skyways Sdn Bhd telah mengisytiharkan dua kawasan baru wabak Rabies yang didapati positif iaitu di kawasan Kpg Entubuh, Tebedu dan Batu 5, Jalan Semeba, Kuching.

Pengisytiharan warta ini dimaklumkan kerana terdapat kes positif virus ini pada anjing di kedua-dua kawasan tersebut. Oleh itu semua masyarakat terutamanya di kawasan tersebut dikehendaki menjaga anjing mereka di kawasan rumah masing-masing dan tidak membiarkan ianya berkeliaran.

Disediakan oleh:
Sekretariat
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
23 JULAI 2017 @ 8.30 pagi
APM Sarawak

Bintangor:Yang Berhormat Datuk Hajah Norah Tun Abdul Rahman bersama YB Datuk Ding hadir bersama meraikan majlis ini.

LOS ANGELES: Chester Bennington, penyanyi utama band rock Linkin Park, ditemui mati pada hari Khamis di rumah California selatannya dalam bunuh diri yang jelas, pejabat Los Angeles County Coroner.

Jurucakap pejabat Coroner, Brian Elias berkata pejabatnya telah diberitahu oleh penguatkuasa undang-undang kematian Bennington, 41, pada pagi Khamis. Elias berkata kematian itu ditangani sebagai bunuh diri.

Laman web selebriti TMZ, memetik sumber penguatkuasaan undang-undang, berkata Bennington telah menggantung diri di rumahnya di Palos Verdes berhampiran Los Angeles.

Wakil-wakil band itu tidak segera memanggil panggilan untuk komen.

Bennington mempunyai sejarah penyalahgunaan alkohol dan dadah. Dia telah bercakap secara terbuka pada masa lalu tentang perjuangannya untuk mengatasi setan-setannya ketika Linkin Park mula-mula mendapat kejayaan pada tahun 2000 dengan album "The Hybrid Theory." Tetapi pada tahun 2011, dia berkata dia sudah sedar selama enam tahun.

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KES SAMAN BERHUBUNG TIMBALAN KETUA PENGARAH (PERANCANGAN DAN OPERASI) DAN UNIT PTK JPJ

Nyawa bukan untuk bersandiwara...
Admin perlu memohon maaf secara terbuka atau berdepan dengan tindakan Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V perkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an, menurut Pejabat Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata penubuhan itu selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) dan penubuhan suruhanjaya siasatan itu berkuat kuasa 15 Julai 2017.

" Bintang Kecil Berbakat Besar"
Tahniah adik Camelia Edaward, dr SJK Yong Kwong Meradong, Johan Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Peringkat Negeri  yg berlangsung di Saratok, dgn bakat yg dimiliki semoga terus menyinar dan mewarnai dunia hiburan tanah air suatu hari nanti..
Sumber :FB Nash Ibrahim

KENYATAAN MEDIA
WABAK RABIES DI NEGERI SARAWAK 2017
20 JULAI 2017

Lawatan YAB Datuk Amar Abang Johari Abang Openg, Ketua Menteri Sarawak ke lokasi operasi pemvaksinan di Dewan Masyarakat Batu 10, Kota Padawan pada hari ini jam 3.00 petang.

Lawatan tersebut turut di hadiri oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dan YB Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

Pada lawatan tersebut, YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan peruntukan tambahan daripada Kerajaan negeri Sarawak berjumlah RM502,270.80 dimana RM125,270.80 untuk pembelian peralatan (PPE) dan RM377,000.00 untuk membeli vaksin bagi Frontliner.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM 2,488,673.60 untuk pembelian vaksin bagi manusia.

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mula melakukan aktiviti kawalan dan pecegahan di bahagian Sri Aman setelah dimaklumkan berkenaan terdapatnya anjing yang positif rabies di Rh Janta, Punggu Mawang, Sri Aman.

Ingin dimaklumkan bahawa secara kumulatif dari 02 hingga 20 Julai, di bahagian Serian dan Sri Aman, sebanyak 219 kes gigitan baru telah dikesan dimana di bahagian Serian 29 kes gigitan dan di bahagian Sri Aman 26 kes gigitan merupakan kes gigitan yang dicatatkan pada hari ini.

Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku semenjak 01 April hingga ke hari ini berjumlah 516 kes. Seramai 361 orang telah datang
untuk menerima suntikan vaksin.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sedang dalam usaha untuk menghubungi mereka yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin.

Gigitan anjing boleh dielak dengan:
(1) Tidak memprovokasi dengan cara mengacau atau menakutkan anjing
(2) Menjauhkan diri daripada anjing yang agresif atau ketakutan
(3)Jangan bergerak apabila dihampiri anjing ; dan
(4) Menghampiri haiwan peliharaan secara perlahan-lahan, senyap dan tenang.

Oleh kerana kanak-kanak ialah sasaran mudah haiwan, maka mereka perlu menjauhkan diri daripada bermain dengan anjing atau kucing.

Sila hubungi pejabat Veterinar terdekat anda sekiranya menjumpai haiwan disyaki rabies.

Jangan mengambil tindakan sendiri ke atas haiwan yang disyaki rabies.

Bagi sesiapa yang telah digigit anjing terutamanya dalam kawasan terlibat untuk mencuci luka gigitan dengan kadar segera menggunakan air yang mengalir dan sabun selama 15 minit di rumah dan kemudian pergi ke klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan pemvaksinan.

Ibu bapa diminta untuk memesan kanak-kanak untuk memberitahu sekiranya mereka telah digigit anjing walaupun sedikit dengan kadar segera.

Untuk makluman, buat masa ini vaksin diberikan kepada kes gigitan anjing dan kucing yang berlaku di kawasan wabak yang memenuhi kriteria klinikal.

Walaupun haiwan kesayangan mereka telah diberi vaksin, masyarakat diseru supaya tidak membiarkan haiwan mereka berkeliaran dan jangan bermain
dengan haiwan kesayangan.

Mereka yang telah digigit anjing /haiwan terutamanya dari kawasan terlibat diminta tampil ke Hospital Serian bagi pemeriksaan lanjut dengan kadar segera.

Sehingga hari ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak telah mengisytiharkan 18 kawasan wabak Rabies iaitu:
1. 04 Julai 2017 (Serian)
i. Kg Krait
ii. Kg Paon Rimu
iii. Kg Paon Rimu Bakong
iv. Kg Remun
v. Kg Lebor
2. 12.07.2017 (Serian)
vi. Kg Seroban
3. 13.07.2017 (Serian)
vii. Kg Tangga
viii. Kg Ampungan
ix. Kg Mentong Berawan
x. Kg Mentong Silaga
xi. Kg Engkabang
xii. Kg Tampek Sumpas
xiii. Kg Rasau
xiv. Pekan Siburan
xv. Bandar Serian
xvi. Batu 45, Jalan Kuching-Serian
4. (Tebedu)
xvii. Kg Temong Mura
5. (Sri Aman)
xviii. Rh Janta Punggu Mawang

Sehingga hari ini kes haiwan didapati positif Rabies adalah sebanyak 32 kes dimana anjing 26 ekor dan kucing 6 ekor.Manakala sebanyak 157 ekor binatang telah dikawal dan dicegah dengan anjing 137 ekor dan kucing 20 ekor.

Disediakan oleh:
Sekretariat
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
20 JULAI 2017

Foto by Salfian Nawawi

Keengganan kerajaan negeri Pulau Pinang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IRB) menimbulkan persoalan terhadap kesungguhan mereka memerangi gejala itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata beliau tidak dapat melihat rasional di sebalik keputusan kerajaan negeri terbabit.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY