'/>
BAGAN DATOH, 23 Julai – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi amaran bahawa kementerian itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus memanipulasi fakta kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam ‘Scorpene’ dari Perancis.
Beliau berkata pihaknya telah berulang kali menjelaskan isu berhubung pembelian dua kapal selam itu di Parlimen bahawa ia dilakukan secara telus.
“Sekiranya Dr Kua (Kia Soong) dan Suaram membawa peguam dari Perancis, Willian Bourdon untuk mendakwa kerajaan Malaysia di mahkamah Perancis, kita juga akan mendakwa Dr Kua sekiranya terdapat bukti ada fakta yang dimanipulasikan,” katanya selepas merasmikan Sepakat Komuniti 1Malaysia daerah Hilir Perak di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kehadiran peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang pada majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis.
“Penasihat undang-undang Kementerian Pertahanan sedang meneliti fakta-fakta dalam buku tulisan Dr Kua yang diselewengkan mengenai aset-aset pertahanan untuk membolehkan beliau diambil tindakan mahkamah,” katanya.
Katanya Dr Kua yang juga pengarah Suaram sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu untuk menghentam kerajaan
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY