'/>

‘Jumpa awak di dunia lain!’Inilah khidmat pesanan ringkas terakhir yang dihantar oleh seorang anak ‘Tan Sri’ yang terkenal di negara, kepada teman wanitanya sebelum membakar dirinya.Mayat pemuda yang rentung 80 peratus itu, kemudiannya ditemui di balkoni kondominiumnya di Taman Tun Dr Ismail awal pagi ini.

Akhbar The New Straits Times melaporkan bahawa pemuda yang berusia 20 tahun itu, dipercayai telah menuangkan petrol ke atas dirinya sebelum membakar diri.Pemuda itu dikatakan sedang menuntut di sebuah universiti di New Zealand dan telah kembali ke Malaysia untuk bercuti.Menurut Bernama, mayat pemuda itu ditemui oleh ibu mangsa pada kira-kira 4 pagi ketika terjaga daripada tidur sebelum melihat kesan kebakaran di balkoni kondominium berkenaan.

Ibu mangsa kemudian dilaporkan cuba membuka pintu jeriji yang berkunci di balkoni itu sebelum melihat mayat anaknya itu dalam keadaan rentung dan tertiarap.Bernama memetik kata-kata seorang sumber yang mengakui bahawa pemuda tersebut kebelakangan ini tertekan dengan hubungannya dengan teman wanitanya.Polis juga menemui dua tin disyaki berisi petrol serta sebuah telefon bimbit berhampiran mangsa yang tertera khidmat pesanan ringkas kepada teman wanitanya mengatakan 'See you in other side' (jumpa anda di dunia lain).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Azlee Abdullah, dalam mengesahkan kematian tersebut kepada Bernama, berkata polis telah mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/anak-tan-sri-bakar-diri-selepas-hantar-sms-terakhir-kepada-teman-wanitanya-25894?cp

Satu laporan telah dibuat oleh sekumpulan individu yang mendakwa berlakunya kebocoran kepada soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Matematik 1,2 serta Matematik Tambahan.

Wakil kumpulan itu, Muhammad Rizuan Abdul Rashid memberitahu kebocoran pertama dikesan sejurus selepas peperiksaan matematik kertas 1 dan 2 selesai pada Isnin, 18 November lalu.

"Selepas kertas soalan tersebut selesai sekumpulan pelajar telah menghubungi atau berjumpa dengan sahabat saya itu menyatakan kertas-kertas soalan matematik bocor" kata Muhammad Rizuan kepada Astro AWANI.

Sebagai bukti pelajar berkenaan menunjukkan salinan soalan serta jawapan matematik yang mereka peroleh daripada seorang guru yang mengajar kelas tambahan sehari sebelum peperiksaan itu berlangsung.

Ternyata kesemua soalan yang diberikan sama dengan soalan yang keluar pada hari peperiksaan sebenar.

Ekoran kejadian itu satu aduan telah dibuat kepada LPM Malaysia di Putrajaya.

Muhammad Rizuan bagaimanapun kecewa kerana pihak lembaga gagal mengambil tindakan segera bagi menyekat perkara itu.

Beliau mendakwa sekali lagi menerima maklumat kebocoran kertas soalan matematik tambahan kertas dua pada khamis lalu.

Terbukti soalan beserta jawapan yang dihantar melalui ‘whatsapp’ itu sama dengan soalan dalam kertas peperiksaan itu.

Susulan itu satu laporan polis telah dibuat dan Muhammad Rizuan menggesa pihak lembaga mengambil tindakan tegas bagi memelihara integriti peperiksaan negara.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY