'/>

MANGSA  menunjukkan kesan lebam akibat dibelasah  15 pelajar perempuan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, semalam. - Foto Shamsul Munri Safini
MANGSA menunjukkan kesan lebam akibat dibelasah 15 pelajar perempuan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, semalam. - Foto Shamsul Munri Safini
KANGAR: Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin. 

Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak lebih sebulan berpindah ke sekolah itu, awal tahun ini.
Anak sulung daripada dua beradik itu cedera di tangan dan badan, selain lebam dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, berikutan muntah dan mengadu sakit dada.
Dalam kejadian itu, mangsa yang baru berpindah dari Sungai Petani, Kedah, dikatakan dikerumuni kira-kira 15 pelajar perempuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebaik selesai menjalani latihan sukan di sekolah kira-kira jam 6.30 petang. 

Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya di Jalan Raja Syed Alwi di sini.

Apabila terjatuh, seorang pelajar lain memijak dan memukul mangsa sebelum disertai pelajar lain yang turut sama memukul dan menendang kepala mangsa selain menarik rambutnya.

Ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Latifah, 30-an, berkata dia sedih dan kesal kerana tiada seorang pun pelajar yang menyaksikan kejadian berani membantu anaknya yang ketika itu menjerit meminta tolong. 
Anak saya dibelasah teruk berdekatan sekolah, namun, tiada seorang pun berani membantunya. Malah, dua pelajar lelaki dari sekolah sama yang menyaksikan kejadian itu hanya ketawa melihat anak saya dibelasah.

Dia (mangsa) yang lemah tidak berdaya selepas dibelasah. Dalam kesakitan, dia berjalan sendiri untuk pulang ke rumah selepas ditinggalkan kumpulan pelajar terbabit, katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar.

Mangsa yang dibenarkan pulang selepas diberi rawatan pesakit luar, bagaimanapun dihantar ke HTF semalam dan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut selepas mengadu sakit dada serta muntah di rumah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Kita sedang menyiasat jumlah pelajar yang terbabit dalam kejadian itu dan sudah kenal pasti empat pelajar perempuan berusia 15 tahun daripada sekolah sama yang disyaki terbabit, katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan, selain Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.
sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PerangFacebook_pelajarperempuandibelasah/Article/
Bintangor...
Pejabat Daerah Meradong apabila senarai nama kembali keluar bagi penerima BR1M...








posted from Bloggeroid


TEMERLOH: Seorang pengusaha ladang sawit mati ditembak di ladangnya di Kampung Pomeh, dekat Lanchang tengah hari semalam. 

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Noor Mansur, berkata mangsa, Lee Yam Seng, 56, mati di tempat kejadian selepas terkena empat das tembakan di bahagian rusuk kiri dalam kejadian pada 12.40 tengah hari itu.
Ketika kejadian, mangsa bersama-sama adik ipar lelakinya sedang memasang alat generator dan pendawaian elektrik di bangunan rumah burung walitnya di ladang tersebut.
"Tiba tiba muncul seorang lelaki lalu melepaskan tembakan sebelum melarikan diri dengan sebuah Proton Waja," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Noor berkata, polis masih menyiasat motif kejadian berkenaan dan jenis senjata yang digunakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes berkenaan diminta membantu siasatan polis," katanya. - BERNAMA 

 
Allahyarham Datuk Seri Ibrahim Bin Mahmud telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia selama lebih 30 tahun.  Beliau bersara dari pangkat Superintendent.  Allayarham Datuk Seri Ibrahim Bin Mahmud adalah adik kepada Ketua Menteri Sarawak Yang Amat Berhormat Pehin Sri Abdul Taib Bin Mahmud.  Beliau meninggal balu Datin Seri Hajijah Abdullah dan 4 orang anak lelaki.  Anak sulung beliau adalah Dato Ahmad Bin  Ibrahim yang merupakan Ketua Pemuda Parti PBB Cawangan Batu Kawah.
sumber:http://mudatengah.blogspot.com/2012/02/ibrahim-bin-mahmud-bin-yahya-al-fatihah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MudaTengah+%28Muda+Tengah%29

KETUA Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik memeriksa mayat warga asing yang dijumpai mati lemas di pantai Teluk Semayong Sedili setelah bot yang membawa mereka karam. - Foto Roslan Khamis
KETUA Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik memeriksa mayat warga asing yang dijumpai mati lemas di pantai Teluk Semayong Sedili setelah bot yang membawa mereka karam. - Foto Roslan Khamis
Lapan lemas, lima hilang bot pancung seludup warga asing karam di Sedili

SEDILI: Cubaan 25 warga Iraq dan Afghanistan yang membayar sehingga AS$8,000 (RM24,000) untuk diseludup ke negara ketiga melalui negara ini, berakhir tragedi apabila lapan lemas dan lima hilang selepas bot pancung mereka naiki karam di luar Pantai Telok Semayong dekat Sedili Besar, di sini awal pagi semalam. 

Kejadian dipercayai berlaku akibat bot terlebih muatan selain ombak besar pada ketika itu.
Mereka yang menggunakan sindiket dan tekong bot dari Indonesia melalui laluan tikus berkenaan dipercayai menaiki bot pancung itu untuk transit ke Batam, Indonesia sebelum di seludup ke Australia.
Semua 12 mangsa yang terselamat dalam kejadian jam 6.30 pagi, di kedudukan kira-kira tujuh batu nautika (11 kilometer) di luar Pantai Telok Semayong itu, berenang ke pantai sambil berpaut pada kayu dan beg yang mereka bawa. 

Laluan itu antara yang menjadi tumpuan sindiket pemerdagangan manusia membawa warga asing untuk diseludup ke negara ke tiga termasuk Australia yang sebelum itu akan singgah di Batam. 

Sebelum ini, beberapa kejadian sama berlaku di kawasan perairan itu. Pada Jun tahun lalu, tujuh pendatang asing tanpa izin Indonesia lemas selepas bot pancung mereka naiki karam akibat dipukul ombak besar di 3.5 batu nautika, selatan Tanjung Ayam, perairan Pengerang yang juga untuk ke Batam. 

Selain itu, pada Mei 2009, sembilan orang termasuk enam sekeluarga dari Pakistan lemas apabila bot pancung mereka karam dan sebulan selepas itu tujuh lemas apabila bot yang membawa pendatang tanpa izin Indonesia juga karam ketika dalam perjalanan ke Batam. 
Sementara itu, dalam kejadian semalam, difahamkan perjalanan dari lokasi bot karam ke Batam hanya tinggal kira-kira 20 minit menggunakan bot pancung yang dilengkapi enjin berkuasa tinggi yang sering dipasang secara berkembar oleh tekong laut atau penyeludup. 

Difahamkan, mangsa memasuki negara ini menerusi penerbangan dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak Sabtu lalu dan menggunakan khidmat tekong laut Indonesia menyusup ke Australia. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik, berkata pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 8 pagi daripada orang awam yang menemui mayat terdampar di sekitar pantai berkenaan. 

“Polis bergegas ke lokasi untuk gerakan mencari dan menyelamat serta menemui lapan mayat terdampar di pantai kira-kira jam 9 pagi. Mangsa terselamat yang berumur 20 hingga 30an ditemui di tepi jalan kira-kira 500 meter dari lokasi mayat rakan mereka, sebelum dibawa ke Balai Polis Tanjung Sedili untuk membantu siasatan. 

“Ketika ditemui, mereka sedang mencari arah ke balai polis berdekatan bagi mendapatkan bantuan. Bot karam dinaiki mereka turut terdampar di pantai selepas dihanyutkan ombak,” katanya pada sidang media. 

Beliau berkata, mangsa yang lemas dan hilang belum dikenali kewarganegaraan masing-masing dan gerakan mencari dan menyelamat membabitkan 20 anggota dan pegawai terdiri daripada Pasukan Gerakan Marin serta pasukan balai polis berhampiran, dibantu bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan RELA. 

Polis juga sedang memburu tekong bot berkenaan, dipercayai warga Indonesia yang menghilang bagi membantu siasatan. 

Beliau berkata, semua warga asing terbabit menggunakan khidmat sindiket dengan bayaran tertentu untuk membawa mereka keluar dari negara ini. 

Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2007 dan orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta menghubungi balai polis berdekatan. 


sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Laluanmaut/Article/
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY