'/>

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Cawangan Khas ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini hari ini.  Anggota berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter dari sebuah motosikal. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata mangsa ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 4.30 petang yang kemudian memaklumkannya ke Balai Polis Travers.

Spekulasi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan bersara tidak lama lagi kini semakin rancak menjadi topik perbualan banyak pihak, khususnya di negeri Bumi Kenyalang. Taib, 77, yang menyandang jawatan Ketua Menteri itu selama 33 tahun dijadual berjumpa dengan semua anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuainya Sabtu ini (8 Februari). Beliau juga dijadual bermesyuarat dengan semua Anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Ahad, 9 Februari.

 "Memang ada mesyuarat pada 8 Februari dan 9 Februari tetapi saya tak boleh cakap lebih daripada itu. Tolong tunggu sampai hari itu (untuk berita lebih lanjut)," seorang pemimpin kanan parti memberitahu Bernama apabila dihubungi. Beberapa Ahli Majlis Tertinggi PBB, yang enggan nama mereka didedahkan, berkata mereka telah diberitahu untuk menghadiri mesyuarat itu, namun tidak mahu mengulas lanjut. Usaha untuk mendapatkan maklumat daripada Setiausaha Agung parti dan BN negeri, Datuk Dr Stephen Rundi, gagal dan panggilan ke telefon bimbitnya juga tidak dijawab. 

Seorang sumber dalaman parti berkata Taib dijangka membuat beberapa "pengumuman penting" pada mesyuarat berkenaan dan akan menyerahkan kepada badan membuat keputusan parti untuk menentukan bagaimana ia akan dilaksanakan. Sumber dalaman parti itu menjelaskan, sekiranya Taib membuat pengumuman akan bersara, mengikut prosedur, satu 'badan' yang diketuai Timbalan Presiden 1, Tan Sri Alfred Jabu berkemungkinan ditugaskan untuk merangka pelan peralihan memandangkan Taib akan berlepas ke luar negara selepas itu. Sejak Disember tahun lalu lagi sudah timbul spekulasi Taib sedang membuat persediaan untuk memberi laluan kepada pemimpin baru menggantikan tempatnya. 

Ini diperkuatkan lagi apabila tempoh lanjutan perkhidmatan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sebagai Yang di-Pertua Negeri hanya setakat 28 Februari. Spekulasi juga bertiup kencang bahawa Taib akan mengambil alih jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri selepas itu. Salahuddin, 92, anak kelahiran Sibu menyandang jawatan Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali, pertama pada 1977 hingga 1981 dan dari 2 Februari 2001 hingga sekarang. Beberapa nama disebut-sebut sebagai calon pengganti Taib. Antaranya Menteri Pelancongan dan Perumahan Datuk Abang Johari Tun Openg yang juga Timbalan Presiden 2 PBB. Satu lagi nama yang dikatakan berkemungkinan menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak yang baharu ialah bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar persekutuan Tan Sri Adenan Satem yang dibawa balik menganggotai kabinet kerajaan negeri selepas pilihan raya negeri 2011.

 HANYA SPEKULASI Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abdullah Saidol, baru-baru ini menafikan khabar-khabar angin itu dengan menyatakan ia tidak berasas dan hanya satu spekulasi semata-mata. Menurut beliau, berita itu juga hanya spekulasi yang dicanangkan di media sosial memandangkan Taib sendiri tidak pernah membuat pengumuman seumpama itu. "Biarlah Ketua Menteri sendiri yang membuat keputusan bila beliau mahu bersara. Sebagai Presiden PBB, beliau akan berbincang dengan anggota parti sebelum membuat keputusan yang besar itu," Saidol dipetik sebagai berkata oleh akhbar tempatan Sarawak Daily, akhir bulan lalu. 

Pada April 2011, Taib mengumumkan bahawa beliau akan bersara dalam tempoh "dua atau tiga tahun" dan beliau juga mungkin mengundurkan diri pada "pertengahan penggal", tanpa menyebut sebarang tarikh tertentu. Taib, yang juga pengerusi BN negeri, beberapa kali menyatakan bahawa beliau sudah mempersiapkan dan membimbing seorang pemimpin berkebolehan untuk menerajui PBB dan Sarawak. Meskipun tidak ada sebarang maklumat mengenai perkara itu, Taib secara terbuka menyebut nama Johari, Adenan atau Naib Presiden Kanan 1, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan sebagai berpotensi menggantikan beliau. PBB ditubuhkan selepas penggabungan antara Parti Bumiputra dan Parti Pesaka pada Januar1 1973. PBB, tulang belakang kerajaan negeri Sarawak pada masa ini adalah parti kedua terkuat di kalangan komponen BN selepas UMNO. Ini berdasarkan jumlah kerusi selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13. PBB menguasai 14 kerusi Parlimen dan 35 kerusi dewan undangan negeri. - BERNAMA

Siapa? ??

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY