'/>


Tahun ini, Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 3 Oktober iaitu pada hari Jumaat dan Aidiladha disambut hari berikutnya, demikian menurut pengumuman Mahkamah Agung Arab Saudi, di sini.

Mahkamah Agung juga mengumumkan Khamis adalah hari pertama Zulhijjah.


Keistimewaan Haji Akbar 

Ulama mempunyai pendapat berbeza mengenai Haji Akbar. Ada yang mengatakan ia adalah hari wukuf kerana ia rukun terpenting dalam ibadat haji. Ada yang mengatakan hari ke-10 Zulhijjah kerana semua asas penting dalam haji sudah diselesaikan.

Imam Hasan Al-Basri ketika ditanya mengenai Haji Akbar menjawab: “Apa yang perlu ditanyakan lagi kerana hal ini berlaku pada tahun Abu Bakar dilantik Rasul SAW mengetuai rombongan menunaikan haji pada tahun ke-9 hijrah. Jawapan ini juga sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 3 bermaksud: “Dan inilah satu makluman dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah SWT melepaskan diri dari perjanjian dengan orang Musyrikin”.

Menurut sejarah, ketika Haji Wada’ 10 Hijrah, Nabi SAW berwukuf pada hari Jumaat dan esoknya hari ke-10 di Mina masih dalam rangka Haji Akbar. Jika Nabi SAW berwukuf pada hari Jumaat nescaya wukuf Abu Bakar pada tahun sebelumnya bukan hari Jumaat sedangkan pada musim haji berkenaan disebut dalam surah Taubah berkenaan.

Ibnu Kathir pula lebih cenderung kepada hari yang ke-10 berdasarkan sebuah hadis Abdullah Ibnu Umar bahawa Rasul SAW berdiri berhampiran Jamrah ketika Haji Wada’ pada hari ke-10 lalu berkata, “Inilah dia Haji Akbar.’

Alasan kedua ialah hadis Abdul Rahman Bakrah yang menceritakan, “Pada hari duduknya Rasul SAW di atas belakang unta dan bertanya: “Hari apakah ini? Kami semua diam kerana mungkin Baginda akan mengumumkan sesuatu nama yang baru buat hari itu”. Lalu sabda Rasul SAW: “Bukankah hari ini yang bernama Haji Akbar? – (Hadis Bukhari).

Saidina Ali Abi talib pernah ditanya mengenai Haji Akbar, beliau menjawab: “Hari Nahar (hari ke-10)”.

Jadi tidaklah dapat dipastikan mengenai Haji Akbar ini. Namun demikian ada ulama yang mengambil jalan tengah dengan memberi maksud Haji Akbar – iaitu ‘Haji Besar’, ibadat haji itu sendiri dengan wukuf di Arafah dan umrah ‘haji kecil’. Ulama Tabi’in berpendapat ‘Haji Akbar’ ialah Haji Qiran (mengerjakan haji dan umrah serentak). Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Haji Akbar ialah hari ke-10 di Mina kerana melontar Jamrah dan menyembelih binatang.

Sufya As-Tsaury berkata, “Keseluruhan ibadat haji itu adalah Haji Akbar kerana ia juga disebut Yaumul Fath (hari kemenangan). Setengah ulama berpendapat bahawa haji pertama dilakukan dalam hidup seseorang adalah ‘Haji Akbar’ kerana ia adalah ibadat yang amat bermakna dalam hidupnya kerana mendapat keistimewaannya yang besar

sumber epondok
Kajian oleh seorang pakar hadis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati 34.42% daripada hadis yang sering di petik dan digunakan di kalangan masyarakat Melayu adalah palsu atau mawdu.
Professor Datin Paduka Dr Jawiah Akhir dari Fakulti Pengajian Islam mendedahkan hasil kajiannya itu dalam Syarahan Perdananya bertajuk, “Keberadaan Al-Mawdu dalam Masyarakat Melayu” di sini hari ini.
Beliau telah mengupas isu hadis palsu yang wujud dalam Islam hingga membawa kepada perpecahan umat pelbagai puak serta percanggahan dalam aqidah hingga merangkumi soal ibadat dan kehidupan.
Hadis Rasulullah ﷺ adalah sumber utama agama Islam selepas Al Quran tetapi dicemari dengan adanya hadis palsu yang memberi impak negatif kepada orang Islam dan pemahaman mereka terhadap Islam.
Hasil kajian Prof Jawiah mendapati daripada 825 hadis yang popular dalam masyarakat Melayu hanya 285 adalah mawdu.
Kajiannya juga mendapati hadis palsu itu bukan saja diperkatakan oleh orang yang tidak mempunyai kelayakan agama seperti perbincangan di kedai kopi atau jalanan tetapi oleh orang yang bertauliah dalam bidang agama seperti imam dan ustaz.
Hadis palsu demikian turut diungkapkan dalam kutbah Jumaat di seluruh negara, dalam kitab agama bahasa Arab, buku motivasi dan buku mengenai hari-hari penting dalam Islam seperti Israk-Mi’raj, kata Prof Jawiah.
Selain itu hadis palsu juga kedengaran di kaca TV dalam rancangan seperti Forum Perdana yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) sendiri.
Beliau berkata apa yang berlaku adalah tokoh-tokoh agama termasuk imam dan ustaz mengambil jalan mudah dengan mengulangi hadis yang disampaikan oleh ‘ulama’ terdahulu,  yang secara tidak sengaja telah menggunakan hadis-hadis demikian dalam kitab-kitab mereka.
Beliau menyebut kitab seperti Durrah al Nasihin oleh Al-Hindi, Irshah ‘Ibad’ Ila Sabil Al Rashad oleh Sheikh Zayn Al-Din Al Malabari, Matla Al Badrayn dan Al Jawhar Al Mawhub wa Munabbihat Al Qulubby oleh Sheikh Ali Abd Al-Rahman Al Kelantani dan buku terkenal Ihya’ Ulum Al Din oleh Sheikh Al Ghazali.
Semua buku-buku itu mengandungi hadis sahih yang dicampur aduk dengan hadis mawdu dan hadis lemah.
Beliau menyebut kitab Ihya’Ulum Al Din oleh Sheikh Al Ghazali mengandungi sehingga 265 hadis yang dikenal pasti sebagai mawdu dalam pelbagai bab termasuk mengenai akidah. Sheikh Al Ghazali di penghujung hidupnya telah mempelajari ilmu hadis dengan mendalam.
Prof Jawiah hairan bagaimana hadis dipalsukan hingga telah menyelinap masuk ke kitab yang ditulis oleh ulama’ yang disegani dan telah menghuraikan sebab-sebabnya.
Pertama adalah untuk kepentingan politik di mana konflik yang tercetus di antara Sunni dan Syiah telah menyebabkan wujudnya hadis palsu. Masing-masing ingin menguatkan tuntutan mereka dan telah memalsukan hadis untuk mencapai maksud mereka.
Kedua adalah untuk kepentingan peribadi di mana hadis direka oleh penglipur lara untuk mengambil hati pendengar agar mereka diberi imbuhan wang.
Ketiga hadis boleh juga bertukar menjadi palsu apabila diterjemahkan dari bahasa Arab kepada Bahasa Melayu. Untuk memudahkan pemahaman banyak hadis dipendekkan dan tumpuan beralih daripada ketepatan kepada pemahaman, kata Prof Jawiah.
Turut hadir mendengar syarahannya ialah Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, dekan-dekan, pegawai-pegawai kanan UKM serta para pelajar.
Dinhuluselangor.net
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY