'/>

Bintangor:Menurut Ketua Balai Bomba Bintangor ,Tuan Nicholas Bin Belulin pihak Bomba Bintangor Sampai di Jalan Pakan (Simpang Tubai Buah)yang jaraknya 36 KM mendapati kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan iatu Perodua Kembara dan Toyota hilux berlanggar secara bertentangan (Perodua Kembara ke pekan Pakan dan Toyota Hilux ke arah Sarikei). Pihak bomba tidak menjalankan operasi menyelamat memandangkan mangsa yang tersepit telah dikeluarkan oleh orang awam dan telah dihantar ke Hospital Sarikei menggunakan ambulans. Maklumat yang diterima daripada orang awam ditempat kejadian, mangsa yang tersepit adalah pemandu Perodua Kembara dan telah mengalami patah kaki. Manakala pemandu Toyota Hilux bersama 3 orang anak dan seorang isteri beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Setelah membuat _size-up_ dan didapati tiada mangsa lain dan sebarang kemerbahayaan Komander Operasi mengarahkan anggota bertolak balik ke balai.

Foto: JBPM Bintangor

Bintangor:KUBUR SDNU JLN LASI MERADONG DI PECHAH OLEH PENCURI MLM TADIK
pembongkaran kubur utk mncari emas.. da sesetengah x sempat kna pecah..kesemua nya 6 kubur yg telah d rosak kan....pertama kali blaku d kawasan kamek tok.
MOHON sapa ada keluarga yg d kuburkan d sia dtg nangga..kesian kubur ya d polah macam ya😢
Laporan polis dah d polah.

Foto:Mervine Hernandes

Sarikei:Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Hilux telah melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di bahu jalan akibat kerosakan.Kemalangan jalan raya di alamat Kilometer 16, Jalan Sarikei-Bintangor (berhampiran dengan simpang Baron)Kemalangan tersebut mengakibatkan dua orang mangsa (pemandu tersepit dan parah dan penumpang berjaya keluar sendiri Dan tidak cedera). Anggota Bomba bertindak mengeluarkan mangsa Yang tersepit tersebut dan seterusnya menyerahkan kepada pihak Ambulans Hospital untuk tindakan selanjutnya.

*Info dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak*

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY