'/>


BERSIH 2.0 sudah masuk ke fasa yang semakin memberi ancaman kepada negara. Semalam Polis Pulau Pinang telah menahan dan merampas sejumlah risalah, baju-T dan banner yang mengaitkan gerakan BERSIH dengan Parti Komunis Melaya (PKM). Mereka mula menggerakkan strategi untuk menghasut rakyat dengan menyebarkan propanganda antikerajaan untuk menggulingkan pemerintahan Malaysia seperti negara-negara Asia barat.

Penahanan 31 orang penyokong BERSIH yang diketuai oleh Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) iaitu Dr,Jeyakumar Devaraj adalah tepat dan tanpa prejudis kerana mereka terang-terangan membawa mesej kepada rakyat negara ini bahawa fahaman Komunis tidak akan padam begitu sahaja dan telah kembali wujud yang perlu mendapat sokongan rakyat.

Sebenarnya Himpunan BERSIH bukanlah semata-mata menutut pilihanraya yang bersih dan adil tetapi membawa muslihat yang lebih dari itu. Fahaman komunis yang tenggelam telah cuba dibangkitkan kembali semangatnya dan kesempatan besar diberi ruang diatas kebangkitan demo yang diadakan oleh BERSIH. Yang menjadi persoalanya??mengapa ramai ahli pembangkang yang rata-rata orang melayu mendokongnya sedangkan kita tahu PKM telah membunuh berpuluh ribu orang melayu termasuklah nenek moyang kita.

Tindakan menyebarkan risalah-risalah hasutan dan menanam kebencian adalah cara propaganda komunis di zaman era penglibatan mereka secara langsung di Melaya suatu ketika dahulu. Cara yang sama untuk menggulingkan kerajaan British dan Jepun ketika itu telah diguna pakai kembali bagi menggerakkan momentum mereka di dalam BERSIH. Biarpun BERSIH memberi seribu alasan tentang penglibatan mereka menghidupkan kembali fahaman komunis,adalah menjadi ancaman kepada rakyat Malaysia dan apatah lagi melibatkan pertubuhan yang jelas haram disisi undang-undang negara..

Fahamilah isi kandungan risalah yang cuba diedarkan secara terang-terangan ada kaitan antara BERSIH dan GERAK FAHAMAN KOMUNIS!!!
Kalau rakyat Marhaen di negara-negara Arab dapat menjatuhkan rejim-rejim kuku besi yang berdekad-dekad lamanya,tidak mustahil rakyat Malaysia menuntut perubahan politik tanah air kita. Pemerintahan satu parti. Masa untuk perubahan.
sumber:penakj
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY