'/>
Keadaan politik Sabah yang meruncing akibat berpunca dari masalah dalaman parti mencetuskan penarikan diri beberapa pemimpin UMNO/BN. Ekoran dari hal itu Datuk Seri Lajim Ukim dan Datuk Seri Wilfred Bumburing mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Apa yang berlaku sekarang ini telah mendapat maklumbalas oleh beberapa pemimpin tertinggi BN dan UMNO.

Kenyataan ‘Jangan Ambil Mudah’ dari apa yang berlaku di Sabah telah mendapat reaksi dari Naib Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi. Beliau dalam kenyataan sebelum ini melahirkan perasaan dukacita dengan apa yang berlaku.

Jika pemimpin di Sabah gagal melihat situasi ini serius akan memberi kelebihan untuk pembangkang menawan Sabah.

‘Semua parlimen dan bahagian di Sabah perlu ambil iktibar dari kerapuhan BN/UMNO di masa dahulu’- rasanya ini peringatan jelas Naib Presiden UMNO ini.]

posted from Bloggeroid

PUTRAJAYA, 1 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pewujudan “Genovasi”, inisiatif baharu yang berobjektif membangunkan belia untuk menjadi duta inovasi negara.
Beliau berkata Genovasi (gabungan perkataan generasi dan inovasi) akan bekerjasama dengan pemimpin inovasi global untuk menyampaikan pengetahuan mengenai inovasi, kemahiran, kepakaran dan metodologi kepada generasi baharu duta inovasi Malaysia.
Katanya minimum 5,000 duta inovasi akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun akan datang oleh Genovasi, dan tiga bidang akan ditawarkan kepada mereka untuk mengaplikasikan kemahiran inovasi baharu mereka.
Beliau menegaskan tiga bidang bagi duta inovasi mengaplikasikan kemahiran inovasi baharu mereka itu ialah; projek berteraskan komuniti untuk faedah rakyat, projek berteraskan ekonomi yang menjana gelombang kekayaan baharu; dan projek peningkatan kerajaan untuk membantu meningkatkan perkhidmatan penyampaian.
“Genovasi akan dilancarkan awal tahun depan dan saya jangkakan ia akan diberi status universiti dalam tempoh lima tahun. Lembaga Wawasan akan memberi panduan dan nasihat kepada Genovasi,” katanya dalam ucapan selepas menghadiri sesi dialog dengan beberapa pemimpin dalam inovasi di bangunan Perdana Putra di sini Rabu.
Sesi dialog itu dihadiri perwakilan dari Hasso-Plattner- Institute (HPI) dan School of Design Thinking; Pearson (sebuah syarikat media) HPI; Singularity University; Stanford University; The Millennium Project, The Royal Society for the Encouragement of Arts, Manufactures and Commerce (RSA); Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Inovasi Khas (UNIK) Datuk Kamal Jit Singh; CEO Agensi Inovasi Malaysia (AIM) Mark Rozario; dan anggota Lembaga Wawasan Genovasi Datuk Jimmy Choo.
Najib berkata duta inovasi akan menjadi “Generasi Inovasi”, generasi pencipta inovasi yang akan memainkan peranan aktif dalam meningkatkan pencapaian negara, dan Genovasi akan menyediakan wadah bagi belia untuk diintegrasikan dengan negara, menawarkan minat dan komitmen mereka untuk membina Malaysia yang mampu mencapai cita-cita yang tinggi.
Beliau berkata UNIK telah diberikan mandat untuk menerajui inisiatif “yang pertama seumpamanya” itu di rantau Asean, untuk mewujudkan dan membangunkan duta inovasi yang akan ditaja oleh AIM.
“Kemudiannya, mereka akan dilantik oleh AIM untuk memulakan dan melaksanakan projek dalam tiga bidang yang saya sebutkan tadi,” katanya.
Perdana Menteri berkata Genovasi akan diwujudkan sebagai sebuah organisasi inovasi di mana golongan muda yang mempunyai minda daya cipta akan mempunyai peluang luas untuk diperkenalkan kepada inovasi.
Beliau berkata mereka akan belajar kemahiran dan metodologi, dan bagaimana untuk mengaplikasikannya dalam situasi sebenar yakni inovasi dapat membawa kemajuan, kualiti hidup lebih baik serta sebagai penyelesaian untuk negara.
“Ini boleh daripada segi meningkatkan perkhidmatan penyampaian awam di jabatan-jabatan kerajaan, kementerian-kementerian serta majlis-majlis perbandaran, meningkatkan kualiti kehidupan di kampung-kampung dan masyarakat setempat, dan mewujudkan kekayaan ekonomi baharu menerusi keusahawanan atau usaha mengubah corak permainan industri.
“Inovasi juga mengenai menggunakan pengetahuan dan kepakaran untuk mewujudkan kekayaan dan untuk meningkatkan kehidupan, kerana sekadar mempunyai pengetahuan sahaja tidak lagi mencukupi, dan kuncinya ialah inovasi – tahu apa yang boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kemahiran itu,” katanya.
Terdahulu para wartawan di bilik persidangan media dipertontonkan dengan sesi dialog yang berlangsung di bilik mesyuarat khas bangunan Perdana Putra di sini, menerusi paparan skin besar yang disediakan. - BERNAMA]

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY