'/>

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

ISU BANGLO: SPRM TAHAN LIM GUAN ENG DAN PHANG LI KHOON https://t.co/G2Xt3gIv1M

Kenyataan Media
Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik BN
29 Jun 2016

SIARAN SEGERA

RESPON TERHADAP PENAHANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

1. Tindakan menegakkan keadilan mesti dilakukan dengan pantas. Sebulan selepas siasatan dalaman dan perbincangan secara terbuka yang tegang, saya berasa lega apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk mengambil tindakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng.

2.      Saya membangkitkan kebimbangan berhubung penjualan dan pembelian banglo YAB  Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn pada Mac 2016, kerana saya yakin berlaku salah laku dalam transaksi dan rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui kebenaran.

3. Jelas sekali, slogan DAP kononnya menjadi parti politik paling bersih di Malaysia tidak boleh lagi diguna pakai, susulan penahanan Lim Guan Eng oleh SPRM hari ini. Ketelusan dan kebertanggungjawab mesti diamalkan, bukan sekadar diperkatakan.

4. Saya berharap SPRM akan meneruskan kelazimannya dalam menjalankan tugas tanpa kebimbangan atau pilih kasih. Pada akhirnya, semua ini diharap membawa kebenaran dan keadilan.

Akhirnya Lim Guan Eng ditangkap dan akan didakwa esok atas 2 pertuduhan rasuah.

#BREAKING: Several men, believed to be Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) officers, were spotted entering Penang Chief Minister Lim Guan Eng's office at level 28 Komtar a while ago.
Foto by Generasi Pejuangan Bangsa

Kementerian Kerja Raya sedang mendapatkan data berhubung dakwaan pengambilan sebahagian dana pembangunan lain untuk pembiayaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak oleh kerajaan persekutuan, seperti yang didakwa ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tindakan tersebut dibuat atas arahan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang segera menugaskannya menyemak adakah dakwaan itu benar atau tidak.

“Kami sedang memperincikan dan akan mendapatkan data mengenai apa yang diperkatakan.

“Sebaik sahaja data tersebut siap, kami akan serahkan kepada Ketua Menteri untuk beliau melihat sendiri laporan tersebut,” katanya ketika ditemu bual semasa menghadiri program berbuka puasa di Surau Darul Huda, Kampung Siol Kandis di sini, kelmarin.

Namun demikian, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya yakin bahawa perkara berkenaan tidak berlaku sebagaimana yang dikatakan oleh Chong yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Kuching dan pengerusi DAP Sarawak.

“Saya yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang yang memegang kepada janji seperti banyak janji yang telah ditunaikan dan memang sedang kita laksanakan,” katanya.

Fadillah menambah, komitmen Perdana Menteri itu jelas apabila telah menetapkan bahawa Pan Borneo adalah dasar untuk membangunkan dan merapatkan pembangunan infrastruktur Sarawak dan Sabah dengan Semenanjung Malaysia.

Malah, katanya peruntukan Pan Borneo Sarawak juga telah melebihi peruntukan biasa yang kementeriannya dapat dari segi peruntukan pembangunan.

Jelas beliau, misalnya dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) di bawah Rolling Plan 2016, kementeriannya telah mendapat tiga tambahan projek baharu iaitu dua jambatan – Jambatan Rambungan dan Jambatan Igan serta sebuah jejambat di Bintulu.

“Ini merupakan peruntukan tambahan yang menelan lebih RM300 juta,” katanya. -Utusan Borneo

Sarawak Deputy Chief Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has his own justification in announcing the restructuring of his Cabinet on Monday.

As such, he urged all quarters not to overreact at the decision but to look at the national interest first.

'KES TEMBAK"..pada jam lebih kurang 0900 hrs 29/06/16 terima maklumat dri Gerak 48 maklumkn semasa melalui dilokasi nmpk sebuah m/kar ditepi highway dri arah Seremban ke pusat bandar berhampiran dgn Perabot Dunia sebelum susur NPE...mangsa 1 lelaki cina disyaki telah ditembak dibahagian badan

Satu kemalangan telah berlaku di Jalan Astana pagi tadi yang melibatkan sebuah motosikal dan kereta di simpang lampu isyarat tidak jauh dari bulatan Petra Jaya.

Menurut saksi, kemalangan itu berpunca daripada sebuah motosikal yang ingin memotong kenderaan lain lalu sebuah kereta di mana pemandunya sedang asyik berwhatapps.

Impak kejadian itu, penumpang motosikal itu 'terbang' dan helmetnya telah tanggal dari kepalanya dan mengalami kecederaan bersama pemboncengnya. Manakala, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Foto by friend klxpress Sarawak

KUCHING: Warga Sarawak yang mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) diharap tidak akan beralih angin pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kelak.
Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC)Sarawak Abdullah Saidol.
Bill Kayong
KUCHING: Polis menolak motif politik dan perkauman dalam pembunuhan Bill Kayong, sebaliknya menfokuskan tiga sudut yang mungkin menjurus kepada insiden tersebut.

YB Puan Hajah Nancy Shukri mewakili YAB Ketua Menteri Sarawak dan YABhg Datin Patinggi Datuk Hajah Jamilah menyampaikan sumbangan peribadi bersempena Hari Raya kepada para pesakit dari Sarawak yang sedang mendapatkan rawatan di Wad Pedriatik Hospital Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada Persatuan Anak Sarawak Semenanjung, Rumah Sarawak Kuala Lumpur dan Yayasan Sarawak Kuala Lumpur yang membantu menyelaraskan program penyerahan sumbangan berkenaan.

Terima kasih juga kepada Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur yang turut sama menjayakan program hari ini.

Foto by syellz abang basri

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY