'/>
Pertamanya admin bimbang dengan perlakuan anak-anak bangsa kita khususnya mereka yang masih di bangku sekolah bila mana mereka seolah-olah hilang pertimbangan dan semakin tenggelam dalam dunia fantasi mereka sendiri.


Menjadikan medan media sosial sebagai "platform" untuk mereka melempiaskan hawa nafsu cukup untuk membuatkan jantung yang melihatnya berdegup kencang.

Mungkin sebahagian daripada kita berbeza kencangnya apabila menatap gambar anak-anak ini tanpa seurat benang atau kencang kerana memikirkan inilah sebahagian daripada generasi pewaris kita.

Berdasarkan kepada akaun twitter pelajar terbabit berasal dari negeri Pahang dan sudah pasti berumur dalam lingkungan 15 ke 20 tahun.


Malah memiliki seramai 8,427 pengikut cukup untuk menyesakkan nafas kita apatah lagi dengan gambar-gambar tanpa seurat benang yang sudah pasti jauh menyimpang daripada budaya dan agama kita.
Paling membimbangkan kenalan di kalangan pengikut pelajar ini sudah pasti menjangkaui daripada apa yang kita bayangkan.Malah dari pengamatan admin kenalan-kenalan pelajar ini ada berasal dari luar negara.
sumber
MIRI: Seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan dipercayai ditanam hidup-hidup di sebuah kawasan lapang berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di Suai, Niah petang kelmarin.
Perbuatan tidak berperikemanusian itu terbongkar setelah seorang pengawal keselamatan di ladang berkenaan terdengar bunyi tangisan bayi sebelum ternampak kelibat seorang lelaki dan seorang wanita keluar dari kawasan tersebut dalam keadaan tergesa-gesa.

Terdahulu, menurut sumber, pengawal keselamatan terbabit yang sedang bertugas di pondok pengawal di ladang itu ternampak pasangan berkenaan dalam keadaan mencurigakan memasuki kawasan lapang bersebelahan ladang sambil membawa sebuah beg plastik berwarna hitam.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan berusia lingkungan 40-an itu tidak mengendahkan kehadiran pasangan terbabit memandangkan mereka berada di luar kawasan ladang tempatnya bertugas.
Selepas memasuki kawasan itu, katanya, lelaki terbabit dilihat duduk mencangkung sambil mengorek sesuatu sebelum kedua-duanya beredar dalam keadaan tergesa-gesa.

Pengawal terbabit juga memberitahu, sebelum itu dia ada terdengar bunyi tangisan bayi.
Beliau yang curiga dengan tingkah laku pasangan itu terus membuat pemeriksaan untuk melihat apa yang berlaku sejurus mereka beredar.
Setibanya di kawasan lapang itu sekitar jam 3.30 petang, pengawal keselamatan terbabit ternampak ada kesan tanah baharu dikorek dan ditimbus semula.

Melihat keadaan itu, dia cuba mengorek semula tanah tersebut yang digali cetek untuk melihat apa yang ditanam di situ dan terkejut apabila ternampak kaki bayi.
Serentak itu, dia terus memaklumkan pihak pengurusan ladang tentang penemuan mayat bayi tersebut dan seterusnya menghubungi pihak polis.

Polis yang tiba di tempat kejadian sekitar jam 6.30 petang telah menggali semula lubang itu dan menemui sekujur mayat bayi lelaki yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditanam di situ.
Pemeriksaan lanjut mendapati mayat bayi itu yang dipercayai baharu dilahirkan secara normal telah dibersihkan serta dibalut menggunakan kain putih dan dibungkus dengan selimut berwarna hijau.

Mayat terbabit yang turut dipakaikan lampin kemudian dihantar ke Hospital Miri malam kelmarin untuk bedah siasat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung penemuan mayat bayi tersebut.
Katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
sekadar hiasan

“Polis akan menjalankan siasatan terperinci termasuk meminta kerjasama pihak klinik atau hospital berhampiran untuk membantu siasatan dalam kes ini,” katanya sambil menyifatkan perbuatan individu terbabit sangat kejam.
Sehingga berita ini ditulis, belum ada tangkapan dibuat pihak polis berhubung kes itu.


Read more

Rakyat Malaysia yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London ialah individu yang dikehendaki pada tahun 70-an di negara ini kerana aktiviti berhaluan kiri, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
   
Mengesahkan identiti wanita itu, yang diselamatkan pada 25 Oktober lepas di London sebagai Siti Aishah Abdul Wahab, Khalid berkata wanita itu terlibat dalam aktiviti pelampau komunis berhaluan kiri.
    
"Siti Aishah ketika itu ialah aktivis mahasiswa berhaluan kiri dan dipercayai ke London untuk melanjutkan pelajaran. Dia seorang daripada penuntut pelampau berhaluan kiri masa zaman 70-an dahulu dan kegiatan mereka berpusat di London.

"Pada masa tu London bebas, bebas bersuara, bebas segala-galanya, so dia berpusat di sana. Jadi masa 70-an kita memang nak dia tapi dia dah pergi ke sana," katanya pada sidang media di sini hari ini selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 156 anggota polis yang terlibat dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, Februari lepas.

Khalid berkata setakat ini tiada keperluan untuk menangkap Siti Aishah sekiranya dia pulang ke negara ini.
    
Bagaimanapun, katanya, polis akan sentiasa memantau sekiranya terdapat sebarang kegiatan komunis selepas ini.
   
Sabtu lalu, akhbar melaporkan wanita 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan 25 Oktober lepas di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.
    
Siti Aishah berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dikatakan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom.
    
Namun, ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya.
    
Berikutan pendedahan itu, kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum diterbangkan ke London malam tadi bagi membuat pengecaman dengan membawa barang milik adiknya.
    
Ketika dalam kurungan, Siti Aishah dan dua wanita itu dilaporkan hanya dibenarkan keluar seketika untuk menjemur pakaian atau menemani suspek membeli barang
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY