'/>
PESHAWAR: Serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah rumah di barat laut pakistan, berdekatan sempadan Afghanistan hari ini meragut lapan nyawa. 

Pegawai risikan Pakistan, berkata serangan di perkampungan Spalga, Utara kawasan puak Waziristan itu dikuasai Hafiz Gul Bahadur, komander militan yang menumpukan kepada peperangan menentang tentera asing di Afghanistan.
Bagaimanapun, AS tidak membincang program serangan yang dilaksanakan CIA di Pakistan ketika ini. - AP



sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/8mautseranganpeluruberpanduASdiPakistan/Article

pix_gal0
Jawatankuasa Pilihan Khas PSC selesai cadangan April 

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu sama ada pada Mei atau Jun.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya (PSC) hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangan ke Dewan Rakyat untuk dilaksanakan SPR pada April depan.
Justeru, Abdul Aziz berkata, beliau berharap Perdana Menteri memberikan tempoh beberapa bulan kepada Ahli Panel SPR berbincang dan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya seperti dicadangkan oleh PSC.
sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SPRjangkaParlimenbubarawalMei2012/Article
IPOH: Enam orang terbunuh termasuk dua daripadanya warga Myanmar manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan berasingan di negeri ini dalam tempoh 24 jam semalam. 

Pemangku Ketua Polis Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohamad Roy Hashim berkata dalam kejadian pertama di Manjung malam tadi, dua warga Myanmar terbunuh selepas motosikal yang mereka naiki merempuh sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 1.5 Jalan Sitiawan-Kg Acheh.
Mereka yang terbunuh ialah pembonceng dikenali sebagai Mui Mg Mg, 25, namun penunggangnya belum dikenal pasti kerana tiada identiti ditemui pada mayat mangsa, katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad Roy berkata kejadian berlaku pada jam 10.40 malam apabila mereka dikatakan dalam perjalanan dari pekan Sitiawan ke Kampung Acheh merempuh belakang lori yang diletakkan di tepi jalan. 

"Kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat," katanya. - BERNAMA 



Mohamad Roy berkata dalam kejadian lain di Km 376.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River, seorang wanita terbunuh, manakala suami dan anak saudaranya cedera parah apabila lori yang mereka naiki terbabas dan merempuh penghadang jalan. Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 2.05 petang ialah penumpang lori Nurkhafiyah Abdul Aziz, 46, manakala suaminya Mohd Raie Muni, 43, yang memandu lori dan anak saudara mereka Nor Atika Zainal, 17, mengalami cedera parah, katanya. - BERNAMA 
sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Enamterbunuh_duaparahdalamkemalanganberasingandiPerak/Article

alt

Kontroversi gambar Penyanyi Adira (AF8) yang kelihatan sedang memeluk seekor anjing akhirnya menemui jawapan sebenar. Adira yang tidak putus-putus menerima panggilan dari pihak wartawan mengakui beliau merupakan wanita seperti tertera di gambar tersebut.

“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya. Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya," jelas beliau dengan nada kesal.

Adira turut meminta maaf kepada kesemua peminat beliau terutamanya yang beragama Islam atas keterlanjuran tersebut. Jelas beliau, haiwan peliharaan itu merupakan milik ibu mertua kepada kakaknya yang bukan beragama Islam di Sabah.
 
Namun Adira turut kesal dengan tindakan pihak yang berniat jahat menyebarkan gambar peribadi beliau walaupun ianya disimpan di dalam telefon bimbit.

“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,” katanya.


“Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu. Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.


“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,” katanya dalam nada kesal.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY