'/>

Orang kurang upaya (OKU) yang bekerja menerima elaun lebih tinggi berbanding OKU tidak bekerja sebagai galakan untuk mendorong golongan itu bekerja, Kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim. 

Masih ada yang cuba membuat provokasi terhadap isu bekas pelari negara..FB Zaleha Shahrim bukan sahaja menghina watson malah berani menyentuh isu agama dan perkauman...Harap pihak PDRM Dan SKMM menyiasat pemilik FB ini.

1. Jakim melahirkan rasa sedih dan dukacita di atas kejadian yang menimpa adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, berumur 11 tahun, penuntut di  Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor.

2. Jakim juga ingin mengucapkan takziah dan rasa simpati kepada keluarga arwah, semoga  diberikan ketabahan hati dan kekuatan oleh  Allah SWT terhadap kejadian ini.

3.  Jakim juga menyeru dan menasihati mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan  kes ini kepada pihak yang bertanggungjawab. Semoga apa juga tindakan kita tidak menjadi fitnah dan menimbulkan tanggapan negatif terhadap agama Islam yang mulia ini.

Al-Fatihah.

Tan Sri Dato' Hj Othman bin Mustapha
Ketua Pengarah Jakim

Video berkenaan dakwaan pekerja KFC memijak ayam dengan kaki mula ditularkan oleh netizen di media sosial.

1. https://thecoverage.my/bahasa/berita/dunia/video-viral-pekerja-kfc-memijak-ayam-dengan-kaki-tetapi/

2. https://m.youtube.com/watch?v=6sa0UGxIZ8U

Untuk makluman, video yang mula ditularkan dari laman youtube sejak Mei 2016 tersebut adalah tidak benar serta tiada kaitan dengan KFC dan bukan di Malaysia.

Perlu diketahui KFC Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan rantaian pemprosesan yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk makanan dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

Justeru, jadilah pengguna yang bijak sebelum menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal yang tular dengan merujuk pihak berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah.

Untuk mengetahui status halal premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar MyJakim.

Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY