'/>
Suarapakatanrakyat.com berjaya mengejutkan PM apabila entri terkininya dilihat seolah- olah cuba untuk membuka pemikiran penyokong tegar Pakatan Rakyat yang terlalu mendewa- dewakan Al Juburi.

Berikut adalah petikan daripada entri tersebut!!!



AYAT itu penulis petik dari sumber yang menyampaikan maklumat tersebut kepada penulis.  Rasa nak gelak pun ada bila dia dengan yakinnya menyampaikan kepada penulis perkara tersebut.  Sengaja penulis siarkan di laman ini supaya maklumatnya dapat dikongsi dengan pembaca, senang kita nak menilai strategi bagaimana yang digunakan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khabarnya begini, video ‘terbaru’ ini sebenarnya sudah lama.  Ia dikatakan dirakam sejak zaman Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri lagi dan disimpan oleh pihak-pihak tertentu di Singapura.  Kisahnya di dalam video tersebut, adegan dua lelaki sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik hotel di Singapura dengan salah seorang dari lelaki tersebut dikatakan ‘sangat’ menyerupai Anwar.
Cuma yang tidak sedapnya, penulis dimaklumkan bahawa salinan video tersebut sekarang berada di Malaysia dan telah diserahkan kepada seorang pemimpin utama sebuah parti komponen dalam Pakatan Rakyat sendiri dan beliau dimaklumkan telah menonton video tersebut.
Penulis secara peribadi tidak langsung terkejut dengan berita dan kaitannya dengan negara Singapura.  Ini kerana, dalam satu pendedahan pada 2010, Wikileaks telah mendedahkan maklumat kononnya perisikan Singapura sendiri mengetahui mengenai apa yang didakwa penglibatan Anwar dalam soal homoseksual ini dengan ayat yang digunakan ialah “[Mr Anwar] ‘did indeed commit the acts for which he is currently indicted’”.
Cuma masalahnya, ia tidak pernah dibuktikan dimana-mana pun, malah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sendiri telah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari, awal Januari lepas.
Penulis berpendapat, kewujudan video ‘terbaru’ ini adalah cerita yang diadakan untuk menyokong pendapat Datuk Dr. Hasan Ali bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri sementara (untuk beberapa bulan) sebelum Lim Guan Eng mengambil alih jawatan tersebut (seperti ditimbulkan oleh Karpal Singh) kerana dakwaan moral dan salah laku seks yang kononnya timbul untuk memaksa Anwar meletakkan jawatan.
Pihak-pihak ini begitu teliti dalam cubaan menimbulkan persepsi bahawa Anwar sememangnya benar-benar terlibat dalam salah laku seks dan moral.  Orang-orang seperti Hasan Ali digunakan sepenuhnya untuk menjayakan cerita rekaan tersebut.  Tambahan pula hasrat peribadi Karpal untuk melihat seorang Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu, digunakan sepenuhnya untuk menyokong imaginasi Hasan Ali.
Dalam masa yang sama, penulis terfikir bahawa pendedahan video-video seumpama ini sebenarnya mampu mempengaruhi rakyat sehinggakan ia diguna berulang-ulang kali.  Sangka kita pendekatan seumpama ini tidak diterima rakyat Malaysia tapi dengan kemunculan satu demi satu video lucah ini, memperlihatkan sebenarnya rakyat kita gemar dengan perkara-perkara sedemikian.
Apa sekalipun, penulis harap, pemimpin utama parti komponen Pakatan Rakyat yang disebut-sebut telah menerima dan menonton video tersebut agar tampil memberikan penjelasan atas dakwaan terbaru ini.  Ini penting untuk mengelakkan persepsi negatif masyarakat sebelum perkara yang lebih besar muncul.
Penulis tidak mahu kejadian yang menimpa Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam kes video seks yang didedahkan Datuk Eskay dahulu, berulang semula dalam kes yang ini (jika benar).  Kegagalan memaklumkan pimpinan tertinggi parti dan Pakatan Rakyat lebih awal telah menyebabkan imej beliau sebagai orang yang setia kepada parti, sedikit sebanyak tercalar.



- http://lamanizzs.blogspot.com/2012/06/hot-blogger-pakatan-dedahkan-video-seks.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

 Berikut adalah catatan yang menarik mengenai Sulaiman al-Rajhi, pemilik al-Rajhi Bank iaitu bank Islam paling besar di dunia.

Anggaran harta beliau yang dimiliki oleh Forbes adalah USD 7.7 bilion. Namun kini beliau hanya tinggal sehelai sepinggang. Hartanya telah pun diberikan kepada anak-anaknya dan juga projek-projek wakaf.

Ini adalah contoh orang kaya yang beriman yang dapat kita jadikan teladan selain dari kisah Ahmad Dawjee Dadhaboy yang mewakafkan tanahnya di ‘Golden Triangle’ Kuala Lumpur.

 Bagaimana Sulaiman al-Rajhi Bermula?

 1. Bermula dengan bisnes money exchange dan melihat masih belum ada bank Islam yang wujud, kira-kira 30 tahun dahulu.


 2. Berjumpa dengan pengurus (CEO barangkali) Bank of England dan juga pelbagai bank pusat tentang idea bank Islam, menyakinkan mereka bagaimana perbankan halal dapat mengukuhkan lagi ekonomi dunia kerana orang Islam dan Kristian tidak dapat berurusniaga dengan riba. 


 3. Bermula di London dan setelah berjaya kembali ke Arab Saudi dengan sokongan mufti besar, Sheikh Abdul Aziz Bin Baz. 


 Menjadi Miskin Semula Setelah Kaya 


 1. Beliau pernah jatuh sebanyak dua kali, dan ‘miskin’ kali ketiga ini merupakan kehendaknya sendiri dan ia memberikan ketenangan dalam diri. Hartanya telah diberikan kesemuanya kepada anak-anak dan projek-projek wakaf.


 2. Sebahagian harta telah dibahagikan terlebih dahulu kepada anak-anaknya untuk mengelakkan isu perebutan harta yang merugikan syarikat, masyarakat dan negara. 


 3. Sebahagian yang lain digunakan untuk projek-projek wakaf SAAR Foundation dan kesemua ini dilakukan semasa masih hidup dan bukan efektif selepas mati seperti yang selalu dibuat ramai orang.  


Bertindak, bukan Sekadar Komplen  Antaranya … 


 1. Beliau menyedari pada zamannya tidak wujud bank Islam, maka dengan usaha keras beliau bermula dari bawah.


 2. Beliau melihat proses sembelihan yang tidak sempurna, lalu beliau menubuhkan syarikat yang mengatasi hal berkenaan; al-Watania Poultry. Kini menguasai 40% pasaran di Arab Saudi. 


 3. Beliau juga sedar terlalu banyak bahan kimia dalam makanan, maka al-Watania Agricultural terlibat pula menanam sayur secara organik untuk memastikan lebih ramai yang makan makanan yang bebas bahan kimia berbahaya. 


 Pendidikan Kewangan Anak-anak 


 1. Memastikan anak-anak pandai menguruskan bisnes dan pelaburan sendiri seperti anak-anak perlu ‘bekerja’ untuk mendapatkan duit. Tiada istilah dapat duit ‘in exchange of nothing’.


 2. Menjadi mentor terbaik untuk semua anak-anaknya. 


 3. Sesibuk mana pun menguruskan bisnes dan pelaburan, pastikan persaudaraan sesama keluarga dijaga dan juga kehidupan di akhirat.


 Lagi Yang Menarik 


 1. Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma? 


 2. Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya. 


 3. Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi. 


 4. Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut. 


 5. Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman. 


 6. Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali. 


 7. Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi. Ini cuma ringkasan dari saya, kalian dapat membaca berita penuh dari ArabNews melalui link berikut: Sulaiman Al-Rajhi’s life a rags to riches story 


Sumber : http://www.pakdi.net/sulaiman-al-rajhi-dari-billionaire-kini-cuma-tinggal-sehelai-sepinggang//


Komentar KP : Orang politik pun kena fikirkan jugak bila nak bersara dari mengumpulkan kekayaan dan kuasa semasa dalam politik.Jangan nak pegang kuasa hingga tunggu nak mati je macam seseorang tue *tak nak cakap sapa dia,mungkin semua dah tahu*



sumber: http://kerispusakabangsa.blogspot.com/2012/06/kisah-sulaiman-al-rajhi-dari.html?m=1

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY