'/>

1. Kerajaan Selangor gagal mencabar cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan semakan kehakimannya.

2. Panel 3 hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan notis dan syor mengkaji semula persempadanan pilihan raya di negeri itu, tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman mengikut Aturan 53 Kaedah 2(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

3. Hakim Ong yang membacakan penghakiman berkata panel hakim bersetuju dengan hujahan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh yang mewakili SPR iaitu sidang lebih sesuai bagi bantahan aduan tersebut adalah melalui inkuiri tempatan mengikut Seksyen 5 Jadual Ke-13.

_“Oleh itu, kami berpandangan, sebarang tindakan SPR berhubung aduan dikemukakan tidak boleh dicabar bagi semakan kehakiman._

_“Kami juga memutuskan, walaupun dakwaan berhubung salah pembahagian kawasan dan manipulasi pilihan raya tidak dipertikaikan, Daftar Pemilih prinsipal adalah muktamad dan mengikat serta tidak boleh dicabar di mahkamah untuk semakan kehakiman mengikut Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958,"_ kata beliau.

4. Hakim Ong berkata panel itu juga bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi, penting untuk membezakan antara tugas khusus SPR di bawah Bahagian VIII Perlembagaan Persekutuan, iaitu pelepasan tugas-tugas berikut turut melibatkan penggubalan cadangan dan pelaksanaan mengikut budi bicaranya berdasarkan prinsip bawah Seksyen 2 Jadual Ke-13 iaitu tindakan SPR tidak boleh dicabar di mahkamah.

5. Berhubung isu daftar pemilih, beliau berkata panel itu bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi iaitu berdasarkan Seksyen 9A Akta Pilihan Raya ketepatan daftar pemilih juga tidak boleh dicabar di mahkamah walaupun daftar berkenaan mungkin tidak sepenuhnya merekodkan alamat semua pengundi.

6. Beliau berkata mahkamah juga bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi, maklumat yang disediakan SPR dalam cadangan persempadanan semula mengikut Seksyen 4 Pemberitahuan itu tidak memerlukan campur tangan mahkamah lebih tinggi.
 
7. Kerajaan Selangor merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi pada 7 Disember tahun lepas yang menolak semakan kehakiman kerajaan Selangor bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN di negeri itu

*Sumber:* http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/31469-persempadanan-semula-mahkamah-tolak-rayuan-kerajaan-selangor.html

Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Peringkat Daerah Meradong 2018 di SK Abg Amin Bintangor.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY