'/>
 Dua anggota peronda polis (MPV) yang sedang menjalankan tugas pencegahan jenayah parah akibat ditembak lelaki bertatu ‘Harimau’ di Lembah Maju di sini, sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, dua anggota polis terbabit menahan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapati dia berada dalam keadaan mencurigakan.
Kemudian, dua anggota polis itu melihat seorang lagi lelaki berada berhampiran suspek pertama yang cuba melarikan diri.
Menurut sumber, dua anggota polis terbabit mengejar suspek kedua sebelum lelaki di atas motosikal itu bertindak melepaskan dua tembakan ke arah mereka.
Tembakan pertama mengenai bahagian perut seorang anggota polis manakala tembakan kedua mengenai bahagian ari-ari seorang lagi anggota polis.
Kedua-dua suspek melarikan diri ke kawasan taman perumahan berhampiran.
Berikutan kejadian, polis melancarkan gerakan memburu dua penjenayah dipercayai anggota kongsi gelap itu.
Rakaman CCTV suspek yang melarikan diri
Lakaran wajah penjenayah yang menembak 2 anggota polis


AMPANG JAYA: Dua anggota polis peronda cedera ditembak oleh seorang lelaki dalam satu kejadian di Taman Lembah Maju disini pagi tadi

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, dua anggota polis berpangkat koperal dan konstabel itu sedang membuat rondaan cegah jenayah sebelum terserempak dengan seorang lelaki bermotorsikal dalam keadaan mencurigakan.

Lelaki tersebut menaiki sebuah motorsikal Yamaha LC 135 dan apabila lelaki tersebut memberhentikan motorsikalnya untuk diperiksa oleh kedua-dua anggota polis tersebut datang pula seorang lagi lelaki berbaju kemeja kelabu dan berseluar jeans biru sambil memegang topi keledar.

Ternampak rakannya itu sedang diperiksa oleh polis, lelaki kedua itu kemudian bertindak cuba melarikan diri dan kedua-dua anggota polis berkenaan cuba mengejar suspek.

Anggota polis yang berpangkat lans koperal itu kemudiannya berjaya menarik belakang baju suspek namun suspek bertindak melawan dengan berpusing ke hadapan anggota polis tersebut sebelum melepaskan tembakan ke arah polsi tersebut.

Tembakan tersebut mengenai bahagian perut anggota polis berpangkat lans koperal itu dan suspek sekali lagi melepaskan satu lagi das tembakan yang mengenai rakan anggota polis tersebut.

Suspek kemudian melarikan diri ke arah lorong-lorong di kawasan kedai yang terdapat dikawasan tersebut.

Suspek dipercayai memakai seluar jeans, berbaju warna kuning dan di belakang badannya terdapat tatu lambang harimau.

Senjata yang digunakan juga dipercayai adalah sejenis senjata ‘ball bearing’ laras dua inci.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor dijangka akan memberikan sidang media berkenaan kes tersebut pada jam 2.30 petang di Balai Polis Pandan Indah.

Read more at

Kejadian 2 hari lalu mengakibatkan  seorang warga emas kehilangan Wang saham dia percayai di pukau.menceritakan kejadian tersebut dua orang lelaki datang ke rumah di kampung.
Warga emas terus dibawa ke Pejabat Pos Sarikei untuk mengeluarkan Wang sahamnya.
Warga emas kemudian dibawa balik ke Bintangor Dan diberi Wang sebanyak rm50 .
Jelas kesedihan Dan kesesalan diwajah warga  emas yang hanya dikenali sebagai pak udin..
Tambah beliau lagi.."mun dah kena Baru tahu macam ini rasa".laporan polis telah dibuat..

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY