'/>

KUCHING - Polis DiRaja Malaysia(PDRM) Sarawak berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini selepas tertangkap dua lelaki berusia 27 tahun di sebuah premis perniagaan di kawasan Stutong dalam serbuan yang dilakukan oleh pihak polis pada 21 September 2017 yang lepas.

Dalam serbuan berkenaan polis berjaya merampas kira- kira 11 kilogram dadah jenis syabu dan 993 biji pil estacy yang nilai rampasan kesemua dadah berkenaan dianggarkan berjumlah RM 3.7 Juta dimana dadah- dadah berkenaan dibungkus dalam pembungkus minuman yang dipercayai datang dari luar negara.

Info:klxpress

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir memberi ceramah di Kuching Sarawak dalam program ceramah

Pakatan Harapan, ‘Tawaran Baru, Harapan Baru’.Tun Mahathir hadir ke Sarawak bersama isteri Siti Hasmah dengan menaiki jet peribadi mewah.Apa yang pelik, kini Pengerusi Pakatan Harapan itu dilihat terhegeh-hegeh untuk mengambil tahu hal berkaitan dengan negeri Sarawak dengan hadir memberi ceramah di ibu kota Sarawak.

Mengapa sekarang baru menyibuk hendak datangke Sarawak? 22 tahun beliau berkuasa, apa yang telah Tun Mahathir sumbangkan pada negeri Sarawak. Jawapannya mudah, pembangunan Sarawak diabaikan semasa beliau berkuasa dan menjadi Perdana Menteri.Kini beliau kembali ke Sarawak menagih simpati untuk Pakatan Harapan.

Hakikatnya Sarawak  tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Tun Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri  Malaysia  berbanding Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.Ianya amat berbeza dengan kepimpinan Najib, yang memberi tumpuan dan keutamaan keatas pembangunan dan perjawatan untuk pemimpin-pemimpin Sarawak dalam barisan kabinet kerajaan Malaysia.

Pandangan dan layananTun Mahathir terhadap Sarawak dan Sabah juga dapat dilihat dengan bentuk penekanan yang diberikan terhadap tarikh keramat penubuhan Malaysia iaitu 16 September yang langsung tidak signifikan baginya. Najib sebaliknya bukan sekadar menjadikan 16 September cuti umum, malah di awal beliau menjadi Perdana Menteri iaitu pada tahun 2009, sambutan penyertaan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia pada16 September telah diraikan dengan lebih signifikan dan bermakna.

Bukan sekadar persoalan cuti atau perayaan, tetapi perkara ini boleh menzahirkan bagaimana seseorang pemimpin dan kepimpinan melihat dan mengiktiraf kedudukan Sarawak dan Sabah.

Peruntukan pembangunan luar bandar yang diberikan oleh Najib untuk Sarawak dalam tempoh 8 tahun beliau mengetuai Kerajaan Persekutuan juga lebih banyak berbanding 22 tahunTun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Antaranya pembinaan lebuhraya Pan Borneo, RTC di kawasan luar Bandar,  hospital, klinik bergerak 1Malaysia dan sebagainya.

Dalam perkara ini, biar rakyat Sarawak khususnya generasi muda menilai rekod prestasi Tun Mahathir di Sarawak sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.Rakyat Sarawak dan generasi mudanya perlu ingat dan menilai prestasi Tun Mahathir bersandarkan sejarah dan rekod perkhidmatannya kepada Sarawak. Apa yang pasti pembangunan Sarawak dipinggirkan dan diabaikan ketika beliau berkuasa.

Datuk Nancy Syukri dan Rohani Abdul Karim nampak lebih berkesan berbanding Menteri-Menteri wanita era Tun Dr. Mahathir.

Begitu juga jawatan-jawatan penting dalam kerajaan ketika era TunDr Mahathir, rakyat Sabah dan Sarawak kurang diberi peluang malah boleh dikira dengan 5 jari. Namun begitu, ketika era Pak Lah dan Najib, pegawai-pegawai kerajaan kelahiran Sabah dan Sarawak telah diberi peluang memegang jawatan-jawatan tertinggi dalam kerajaan seperti KSU, TKSU, KP, Pengarah-Pengarah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Ini bermakna, Perkara 20 semakin dipenuhi ketika era Pak Lah dan Najib.Najib dan Pak Lah lebih memahami semangat Perkara 20 berbanding Perdana Menteri sebelumnya.

Mahukah kita melihat nasib orang Sarawak diperkecilkan lagi sebagaimana ketika Tun Mahathir berkuasa. Jika Tun Mahathir berkuasa, nasib yang sama bakal berulang kepada rakyat Sarawak. Lihat saja gaya kehidupan mewahnya, datang ke Sarawak pun naik jet peribadi mewah. Di mana nasib dan masa hadapan rakyat Sarawak jika Pakatan Harapan memerintah! Barangkali sejarah bakal berulang kembali seperti dahulu, iaitu Sarawak tidak diberi peluang dan dianaktirikan, kerana Pengerusi Pakatan Harapan adalah orang yang sama.

Itu sangat lucu. Siapakah anda? Anda berasal dari Malaya.Anda berhak untuk menahan diri anda.Sarawak dan Sabah CMs melindungi orang-orang mereka sendiri dari mana-mana orang yang cuba mencipta huru-hara di kedua-dua negara.Sarawak dan Sabah adalah dua negara dalam Borneo, bukan negeri.Sarawak Ketua Menteri adalah Ketua Komandan kami, dia mempunyai hak untuk membiarkan anda masuk atau tidak. Jika peraturan ini menyinggung perasaan anda, anda dialu-alukan untuk meninggalkan Sarawak, Kerana Sarawak hanya untuk Sarawak

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY