'/>
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.Media akhbar kelmarin menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.

 Beliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros. Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar. "Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing? "Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.

 "Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu. Beliau juga menegaskan perkara itu ketika ditanya sama ada pembiayaan daripada Soros memberi kebaikan kepada negara. "Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik... Dia nak pilih orang dia jadi PM," dakwanya. Tambahnya Soros mempunnyai tujuan tertentu kerana dana berkenaan disalurkan atas nama demokrasi dan kebebasan.

Baca sepenuhnya: http://www.utaranews.com/2012/09/mahathir-dedah-bantuan-kewangan-asing.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY