'/>
Ini kerana sesiapa yang dipilih menjadi Ketua Menteri Sarawak, akan secara automatik menjadi Presiden PBB, dan ia tidak semestinya berdasarkan hirarki kepimpinan parti yang ditentukan semasa pemilihan parti setiap tiga tahun sekali.
“Sistem kaukus ini telah diamalkan oleh negara maju seperti Kanada dan New Zealand. Dalam Westminster System, kaukus parti sangat berpengaruh dan dapat memilih atau menolak pemimpin parlimen parti. Sistem kaukus parti dalam PBB hampir sama dengan sistem kaukus yang terdapat dalam parti PAP di Singapura, parti Labor di Australia dan Parti Labour di New Zealand,” katanya kepada Bernama.
Sistem kaukus pada asalnya diperkenalkan di Amerika Syarikat sebelum dikembangkan dan diguna pakai oleh parti-parti politik di Australia, Kanada, New Zealand dan Afrika Selatan.
“Di Sarawak, sistem kaukus dicadangkan dalam perhimpunan PBB pada 2002 oleh Datuk Amar Abang Johari Tun Openg selaku Timbalan Presiden II dan disokong oleh Timbalan Presiden I, iaitu Tan Sri Alfred Jabu.
“Usul tersebut dipersetujui dan diluluskan sebulat suara semua perwakilan dan ini bermakna sudah diterima pakai dalam perlembagaan PBB,” Dr Awang Azman menjelaskan.
Pembentukan kaukus PBB dibuat melalui pindaan parti 2002 berdasarkan pertimbangan sekiranya sesuatu berlaku kepada Ketua Menteri, semua anggota Dewan Undangan Negeri dan Parlimen daripada PBB boleh menentukan siapa berhak dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu,” katanya.
Menurut beliau dalam sistem kaukus PBB, telah dipersetujui bahawa Ketua Menteri Sarawak tidak semestinya dipilih dalam kalangan Timbalan Presiden parti.
“Daripada segi bilangan, pemilihan ini melibatkan ramai penyertaan, membuka banyak pilihan kepada ahli kaukus untuk memilih dan membuat keputusan dan bukannya ditetapkan oleh seorang individu sahaja,” jelasnya.
Anggota kaukus PBB terdiri daripada 35 ADUN, 14 Anggota Parlimen dan tiga ahli Dewan Negara (senator) daripada PBB.
Dalam hirarki parti, selain Taib selaku presiden, kepimpinan tertinggi PBB dibarisi Jabu, yang juga Timbalan Ketua Menteri; Timbalan Presiden 2 Abang Johari, Naib-naib Presiden Kanan iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Datuk Seri Douglas Uggah Embas.
“Kaukus akan dipengerusikan Jabu berdasarkan konsep perkongsian kuasa yang terdapat dalam PBB. PBB dibentuk melalui penggabungan Parti Pesaka yang mewakili kaum Dayak dan Parti Bumiputera yang mewakili golongan Islam. Jabu merupakan pemimpin paling kanan mewakili Pesaka selaku Timbalan Presiden I selepas jawatan presiden dipegang Taib daripada Bumiputera Islam,” katanya.
SIDANG AKBAR DI SINI

Petra Jaya: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sah meletak jawatan dan bakal mengumumkan penggantinya dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, berkata Abdul Taib mengumumkan pengundurannya dan menyerahkan pada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti serta kaukus khas menentukan siapa pengganti.

Bagaimana pun dalam mesyuarat hampir lima jam,MKT dan kaukus memulangkan kuasamenamakan pengganti kepada Abdul Taib.
BH

Sama2 kita tunggu...

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY