'/>

KESAN PAKU PADA DINDING BATU

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pemuda ini terlalu mengikut nafsu amarahnya terutamanya ketika bersama sahabat² nya. Dia langsung tidak memikir untuk menjaga perasaan sahabat² nya.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku² ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat meredakan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku² tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku tetapi lihatlah kesan lubang² di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu terhadap seseorang ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kadang kala anakku, kau merasakan sikapmu itu wajar dengan kemarahan yang sedang kau tanggung terhadap insan di sekelilingmu, tetapi tanpa kau sedar kau telah meninggalkan luka yang sangat dalam di hati mereka yang mungkin terlalu menyayangimu.

Ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal.

Ganjaran Wang Buat Penjawat Awam Jika Lapor Rasuah

Penjawat awam yang melaporkan kes rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menerima pengiktirafan berbentuk insentif wang yang sama dengan nilai rasuah yang ditawarkan, kata Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi.

Beliau berkata ganjaran itu akan diberikan dengan syarat sekiranya kes itu disiasat dan tertuduh didakwa serta disabit kesalahan.

"Di Sabah tahun lalu hanya ada dua penjawat awam iaitu kakitangan imigresen serta polis menerima ganjaran selepas melaporkan kes rasuah di negeri ini, manakala tahun ini terdapat seorang (polis) setakat ini bakal menerima ganjaran bernilai RM25,000 yang akan disampaikan pada tahun hadapan.

Memangkah bulan di dada dacing
Insentif terendah yang ditawarkan adalah RM500 bagi kes rasuah di bawah nilai RM500, namun kes rasuah membabitkan nilai RM500 dan ke atas akan dibayar insentif mengikut nilai sogokan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat di hadapan kira-kira 105 kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tawau sempena majlis melafaz dan menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) JPN Zon Tawau dan Sandakan bersama SPRM di Tawau, Sabah hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah JPN Sabah Datuk Ismail Ahmad di sini, hari ini.

Sazali berkata ganjaran itu bagi menggalakkan penjawat awam melaporkan kegiatan rasuah sekali gus mampu menghapuskan rasuah dalam kalangan penjawat awam di negara ini.

Sementara itu, beliau ketika ditemui berkata sebanyak 53 agensi kerajaan serta badan berkanun di Sabah telah melaksanakan IBR dan impaknya berjaya mengurangkan peratusan penjawat awam terlibat rasuah.

Beliau mengingatkan individu yang melafaz IBR untuk menunjukkan komitmen masing-masing dalam menghindari rasuah.

"Jangan lafaz sebagai wayang sahaja kerana yang malu jika ditangkap adalah agensi dan diri sendiri," katanya.

Menurut Sazali, setakat tahun ini tiga penjawat awam di Sabah yang telah melafaz IBR ditahan selepas disyaki terlibat rasuah. -MK

Gambar-Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi

Bintangor:Aktiviti membersih tapak baru Surau Taman Bintang .

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY