'/>

Semop:Hj.Razak, Pengerusi serta rakan2 Saberkas Unit Kpg.Penipah menyampai bagi pihak YB Abdullah Hj Saidol Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri merangkap ADUN N42 Semop.Sumbangan diserahkan kpd isteri Allahyarham Rezaman Rawi yg meninggal dunia kelmarin.
Arwah Sdr.Razaman adalah salah seorg AJK Saberkas Kpg.Penipah yg aktif.

KUCHING: Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol menempelak Pengerusi DAP Sarawak yang menuduh peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) disalah guna Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Beliau berkata, peruntukan RTP bukannya diberikan secara terus kepada ADUN BN sebaliknya menerusi agensi yang berkaitan selain dipantau Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU).

Menurutnya, Chong sepatutnya mempersoalkan perkara tersebut menerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Negeri yang turut dianggotai ADUN dari pembangkang.

"Peruntukan RTP berjumlah RM5 juta yang disalurkan kepada ADUN BN Sarawak juga bergantung kepada kos dan bukannya bilangan projek.

"Adakalanya bilangan projek sedikit namun kos untuk pelaksanaan agak tinggi," katanya ketika sidang media pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Malah menurutnya, setiap ADUN BN Sarawak turut diberikan kad skor yang perlu dikemukakan kepada Ketua Menteri setiap suku tahun yang melibatkan bilangan projek, kekerapan turun padang, kunjungan masyarakat ke pusat khidmat dan pelbagai aspek lain.

"Setiap perkara yang kita lakukan termasuk melibatkan projek adalah dipantau," ujarnya.

Abdullah menjelaskan, kerajaan negeri memperkenalkan RTP adalah untuk mempercepatkan pembangunan di luar bandar sekaligus merapatkan jurang dengan bandar.

"Kalau menunggu peruntukan daripada kerajaan persekutuan mungkin lambat, oleh itu kerajaan melakukan inisiatif memperkenalkan RTP," jelasnya.-Sarawakiana

Kuching:Pengukuran tanah hak adat Bumiputera(NCR) telah dilaksanakan sejak 1960an melalui program seperti Operasi penyelesaian dan program pengukuran kampung tradisional.Program ini dibuat melalui peringkat pertama pengukuran perimeter dan peringkat kedua pengukuran lot individu.
Setakat oktober 2017 seluas 804,826 hektar(1,988,728 ekar) telah berjaya diukur perimeternya.Daripada jumlah tersebut 643017(1,588,895 ekar) di seluruh Sarawak telah pun diwartakan.
Dalam program kedua di bawah seksyen 6 tersebut akan diukur secara lot individu.Setakat ini sebanyak 15351 lot individu telah diukur yang melibatkan kawasan seluas 17776 hektar (43925 ekar).Sebanyak 6024 lot seluas 5261 hektar (13,000ekar) telah dikeluarkan dengan surat hak milik tanah dibawah seksyen 18 Kanun Tanah Negeri menurut YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan TImbalan Ketua Menteri Sarawak.

Kuching:Skim Penempatan Semula (SPS) Sungai Meradong dilaksanakan melalui tiga (3) fasa .YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan Timbalan Ketua Menteri Sarawak ,Menteri Pembangunan Bandar &Sumber Asli II dan Menteri Pembangunan  Perindustrian &Usahawan Sarawak mengatakan prasarana asas bagi SPS Sungai Meradong Fasa 1 telah siap dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-7 dan telah diserahkan kepada Majlis Daerah Meradong dan Julau pada 1998 untuk tujuan penyelenggaran.Cadangan untul membina prasarana asas Fasa  2  dan 3 telah dikemukakan untuk dilaksanakan dibawah  Rancangan Malaysia ke -11 namun tidak diluluskan.Cadangan tersebut telah dikemukakan semula dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11 untuk pertimbangan kerajaan.

Bintangor:Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Tuan Nicholas Bin Belilun pihak JBPM
memberi bantuan menghantar pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM dan penduduk rumah panjang Rabong Nanga Strass yang terkandas atas urusan harian bagi melalui jalan yang telah ditenggelami air sedalam 6 kaki.Namun tiada pusat pemindaan dibuka.Senarai nama mangsa(pelajar) adalah seperti berikut :

1. En. Minggu

2. En. Justin

3. En. Jampong

4. Pn . Dara

5. Cik Mina John

6. Diddie

7. Willdidson

Foto :JBPM Meradong

Kuching: Pendapatan RM100 juta daripada premium pembalakan Bukit yang berjumlah  RM300 juta. Ini adalah berdasarkan kadar premium baru RM 50 meter persegi  berbanding dengan kadar lama 0.80 sen dan RM 3.00 setiap meter padu hanya berkuat kuasa pada 1 st Jun 2017 yang lalu menurut YB Dato Sri Wong Soon Koh ,Menteri Kewangan II.
Pendapatan yang dikaji semula daripada royalti hutan untuk 2017 dianggarkan RM343 juta berbanding sasaran RM520.15 juta disebabkan oleh penurunan dalam royalti yang konsisten dengan jangkaan pengeluaran kayu yang kurang.

Kuching:YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Jo melawat bilik media di DUN Sarawak pada pagi ini. Dalam lawatan selama hampir setengah jam tadi, Abang Jo sempat bertanyakan dengan pemgamal-pengamal media akan masalah-masalah yang dihadapi mereka semasa melaksanakan tugas dipenjang persidangan DUN Sarawak pada tahun ini..

Kuching:Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian semalam menjengkelkan barisan pembangkang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) apabila mendedahkan Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor yang diagung-agungkan mereka mengalami defisit yang jauh lebih teruk dari Sarawak.

Beliau membidas sifat wakil rakyat parti tersebut yang terlalu memuja pentadbiran kedua-dua negeri itu sedangkan hakikatnya, Kerajaan Pulau Pinang sendiri semakin terhimpit.

“Sarawak meramalkan perolehan RM5.525 bilion pada tahun hadapan sedangkan Selangor (RM2.250 bilion) dan Pulau Pinang (RM504 juta).

Dengan nada sindir, Kui Hian memberitahu Sarawak berbelanja RM8.226 bilion namun defisitnya hanya RM256 juta sedangkan Selangor berbelanja RM3.120 bilion untuk defisit RM870 juta dan Pulau Pinang berbelanja RM1.337 bilion dengan defisit RM748 juta.

Enggan memberi ruang kepada Ketua Pembangkang, Chong Chieng Jen untuk mencelah, malah menyifatnya sebagai “budak nakal”, Kui Hian menyindir pemimpin DAP Sarawak sebagai kecut kepada bos mereka di Semenanjung.
Sumber :Sarawakvoice

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY