'/>

Majlis Penyerahan Memorandom Berkaitan Jalan Pesisir Pantai oleh 15 orang ADUN BN yang mewakili kawasan pesisir pantai kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tam Sri Haji Adenan Satem di Pejabat Ketua Menteri di DUN Sarawak sebentar tadi.

DEVOLUTION OF POWER

On 16th March 2014, two weeks after myappointment as Sarawak Chief Minister, I haveemphasised that Sarawak's relationship with theFederal Government must be constitutionally correct.

In order to achieve this, the Sarawak BN Governmentat the State Legislative Assembly sitting on 8thDecember 2015 had sought and was given a mandatefor the State Government to safeguard theconstitutional rights and protection of the State in theinterest of all Sarawakians.

The mandate given covered the aspirations of thepeople of Sarawak from the days before theformation of Malaysia as stipulated in the CobboldCommission Report, Inter-Governmental CommitteeReport and Malaysia Agreement 1963.

Pursuant to this, the Government through its officialshas actively and carefully planned a structured courseof action toward achieving this objective.

This course of action involves 3 phases which are asfollows: (1) Administrative empowerment;(2) Encroachment of State's rights; and(3) Oil and Gas Royalty. - Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem's Winding-up Speech at the last day of the 18th Sarawak DUN's Sitting today.

Sarawak bersedia menghadapi pelbagai bencana setiap tahun.Bagi  musim banjir 2015/2016 Jabatan Kebajikan masyarakat telah membayar wang ehsan sebanyak RM2.8 Juta  kepada 62,514 orang mangsa banjir,ribut,tanah runtuh ,kemarau dan kebakaran dari 1Januari hingga 30 Jun 2016.Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah membayar wang ehsan sebanyak RM4.32 Juta kepada 10,634 Ketua Isi Rumah banjir sehingga 31 Oktober 2016.

Untuk tahun 2016/2017 ,Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah bermesyuarat 2 kali untuk menghadapi kemungkinan banjir musim ini ,menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak,YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga merangkap Menteri Permodenan Pertanian Dan Ekonomi Luar Bandar.

Sebanyak 17,097 orang yang terdiri daripada APM ,ATM,PDRM,Bomba,Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Rela telah bersedia untuk menghadapi musim banjir.Untuk itu sebanyak 5 buah helikopter ,154 buah lori ,358 buah kenderaan pacuan 4 roda,226 buah bot dan 50 buah ambulans dari pelbagai jabatan dan agensi juga disediakan.

Kerajaan Persekutuan akan memperuntukan sebanyak  RM69 Juta bagi tahun 2017 untuk membantu nelayan pesisir dan nelayan sungai di Sarawak menurut Kenyataan YB Datuk Amar Douglas Unggah Embas ,Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar. 

Peruntukan ini akan dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Sarawak dan Jabatan Pertanian Sarawak (DOA).Bantuan ini terdiri dari Elaun Sara Hidup,Insentif Tangkapan Ikan,Subsidi Diesel dan Petrol ,skim Tabung Bencana Alam &Kebajikan Nelayan dan projek khas Perumaham Nelayan.

Seramai 21162 orang menerima manafaat di Seluruh Sarawak.

BINTULU: Mempunyai pandangan berbeza berbanding parti komponen BN lain berkaitan isu Rang Undang-Undang 355 (RUU355), Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Dato’ Seri Tiong King Sing.   menyedari beliau tidak popular dan dikecam banyak pihak.

Ekoran pendirian beliau yang tidak mengutuk RUU355 yang dibentang oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, sebaliknya berpendirian mahu meneliti sebaik mungkin objektif dan matlamat RUU3565 tersebut, beliau dikritik hebat di media sosial.

Tiong mempertahankan pendiriannya, “bahawa Hadi hanya menyatakan hasrat untuk meminda kuasa Mahkamah Syariah dan oleh itu kita tidak seharusnya mencela cadangan awal itu.”

Bagi beliau isu RUU355 perlu dibincangkan secara objektif dan rasional serta tidak perlu  digunakan sebagai platform untuk meraih agenda politik.

Tiong memahami bahawa RUU3565 bukan satu pelaksanaan ke arah undang-undang Hudud.

Beliau menegaskan lagi, “semua pihak perlu berhati-hati dan rasional melihat RUU persendirian itu yang bertujuan untuk meningkatkan hukuman yang dikenakan di Mahkamah Syariah.

“Ia tiada kaitan dengan pelaksanaan undang-undang hudud,” katanya.

Berucap pada Majlis Perasmian Penubuhan Cawangan PDP di Rumah Bana, Serakit Sebauh, Tiong berkata ramai menyalah tafsir pendiriannya itu.

Terdapat juga pihak menuduh PDP mengkhianati kepentingan dan hak orang bukan Islam di Sarawak.

Tiong berkata, beliau secara rasional melihat RUU355 yang dicadangkan itu sebagai usaha mengukuhkan disiplin umat Islam dalam mematuhi ajaran Islam.

Bagi beliau, RUU355 bukan ke arah pelaksanakan undang-undang hudud ke atas orang bukan Islam.

Bagi Tiong dengan menggunakan minda terbuka, pindaan RUU355 tidak memberi kesan kepada perlembagaan dan rakyat bukan Islam.

Tiong berkata, penting untuk bersikap saling menghormati dan bertoleransi untuk memastikan keharmonian di negara terjamin.

Tiong berpendapat dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sederhana dan ia perlu disokong demi keamanan.

Isu RUU355 merupakan cadangan bagi meminda Akta 1965 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bertujuan meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah yang mengenakan hukuman terhadap pesalah sehingga 30 tahun penjara dan menaikkan denda sehingga RM100,000 serta 100 sebatan rotan.

Akta yang juga dikenali sebagai Akta 355 sekarang ini hanya mengenakan hukuman terhadap pesalah maksimum tiga tahun penjara, denda sehingga RM5,000 dan enam sebatan rotan. – Sarawakvoice

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY