Dua cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - Piasau dan Bekenu - menerima notis tunjuk sebab daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) atas dakwaan melanggar perlembagaan parti ketika pemilihan Persidangan Tritahunan Perwakilan (TDC) pada Disember 2011.
Dua cawangan itu ialah daripada 14 cawangan yang aduan difailkan, termasuk Kuching, Pending, Padungan, Sri Aman, Sarikei, Bintangor, Repok, Sibu, Kanowit, Bintulu, Julau dan Song.
Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman dalam kenyataan kepada media di Kuching hari ini berkata ROS mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab di bawah Seksyen 13 (2), Akta Pertubuhan 1966 kepada SUPP lanjutan daripada aduan yang diterima daripada anggota parti yang tidak berpuashati dengan proses pemilihan parti yang telah dijalankan.
"SUPP mempunyai 30 hari daripada tarikh notis iaitu 6 Jun 2013 untuk menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan dan jawapan itu hendaklah memuaskan Pendaftar Pertubuhan," katanya.
Menurut Abdul Rahman, notis itu bukanlah Perintah Pembatalan pendaftaran SUPP, tetapi merupakan Notis Tunjuk Sebab atas pelanggaran peruntukan undang-undang tubuh pertubuhan ini.
"ROS akan membuat keputusan berpandukan jawapan yang dikemukan oleh SUPP dan keputusan yang akan dibuat ini berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966," katanya.
Sementara itu Pengarah ROS Sarawak Ken Leben pada sidang akhbar hari ini menjelaskan bahawa surat bertarikh 6 Jun telah dihantar ke cawangan, SUPP Piasau dan Bekenu serta bendahari parti.
"Saya diarahkan ibu pejabat ROS di Kuala Lumpur supaya mendapatkan penjelasan ini untuk orang ramai dan SUPP. Sebelum ini ada aduan daripada 14 cawangan SUPP yang mendakwa berlaku perkara yang tidak menurut peraturan dalam penghantaran perwakilan ke TDC SUPP pada November 2011.
"ROS mendapati ada perkara yang tidak mengikut peraturan semasa TDC itu," katanya sambil menegaskan juga bahawa notis tunjuk sebab itu tidak semestinya bermaksud SUPP akan dibatalkan pendaftarannya," katanya.
-Bernama

posted from Bloggeroid