Majlis Peguam ini adalah sekutu rapat PKR, DAP dan PAS. Apa yang mereka cakap dan mahukan, sudah pasti disambut oleh oleh pemimpin PAS, DAP dan PKR.
Tengok sendiri apa yang akan berlaku jika pembangkang memerintah. Jangan kan mereka akan iktiraf golongan Gay dan Lesbian, PAS, DAP dan PKR sudah tenbtukan akan benarkan perkahwinan sejenis didaftar kan atas nama kebebasan dan hak.
Ini kerja gila. Rakyat yang waras wajar tolak pembangkang terutamanya chauvinis DAP dan sosialis PKR. !!!
___________________________________________________________
Majlis Peguam Minta K'jaan Pinda Undang-Undang Yang Menekan Golongan LGBT
PETALING JAYA: Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menegaskan, jika negara ini ingin dihormati sebagai sebuah negara demokrasi, ia mestilah terlebih dahulu menghentikan sebarang penindasan ke atas golongan minoriti seksual yang terdiri daripada lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Majlis Peguam juga mahu kerajaan bertindak segera memberi perlindungan kepada golongan ini dengan memperkenalkan satu undang-undang baru bagi mengantikan undang-undang yang menggenakan kawalan yang tidak sepatutnya ke atas hak individu golongan LGBT di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, Majlis Peguam, katanya lagi tidak akan berganjak daripada terus memberi sokongan ke atas program Seksualiti Merdeka yang telah pun bermula dari 1 November lalu sehingga 13 November ini.
sumber:minda-hijrah.blogspot.com