'/>
"Aduh!!! Aku Pun Pening La Dengan Diorang Ni!!!
Lain Yang Aku Suruh, Lain Pulak Yang Dibuatnya!!!"
Pulak dah!!! Hari tu, Si Mat Muka Bulan kata Datuk Murad tu kena ugut supaya buat laporan Polis berkaitan dengan akaun Si Ketua Penipu tu.

Kata Si Mat Muka Bulan tu, Datuk Murad datang jumpa dengan Si Ketua Penipu tu sewaktu di Munich untuk mendedahkan bahawa dia kena ugut oleh pihak tertentu.

Maka sebab itulah Datuk Murad, bekas Penolong Gabenor Bank Negara tu terpaksa dedahkan 20 akaun yang dikawal oleh Si Ketua Penipu tu yang berjumlah RM 3billion.

Dah sekarang ni, diorang tukar cerita pulak. Kata Si Rafizi Jambu tu, duit sebanyak RM 3billion tu duit Datuk Murad, bukan duit Si Ketua Penipu tu.
PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa akaun RM3 bilion yang dituduh milik Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan akaun bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu sendiri.

Rafizi tampil membuat pendedahan tersebut setelah membuat penyelidikan peribadi terhadap Datuk Abdul Murad Khalid.

"Dakwaan Datuk Murad Khalid mengenai kewujudan akaun utama yang memegang tanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri," kata beliau di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini. - AntaraPos
Ini yang mana satu betul ni? Datuk Murad tu kena ugut ke untuk dedahkan duit dia sendiri ke? Takkan la Datuk Murad tu bodoh sangat kot!!!

Kalau ye dia ada duit sebanyak RM 3billion tu, menda kejadahnya pulak dia nak dedahkan perkara tersebut dan mengaitkan Si Ketua Penipu tu sekali!!!

Datuk Murad tu rasanya tak de la sebodoh itu. Dia bukan tak tau yang Si Ketua Penipu tu suka ambik kesempatan dan saman orang tak tentu arah!!!

Kalau betul la Si Rafizi Jambu tu ada bukti mengatakan duit sebanyak RM 3billio tu adalah kepunyaan Datuk Murad, kenapa diorang tak buat laporan? Buat la!!! Tunggu apa lagi!!!

Ayat Tun Mahathir jugak yang mudahnya. Kalau diorang rasa Si Ketua Penipu tu tak bersalah, buat la laporan Polis. Suruh SPRM siasat. Apa susah? 

Ini tidak. Nak jugak diorang putar belit cerita dengan kenyataan yang bukan - bukan. Sekarang dah terbelit sendiri, siapa nak jawab? nampak sangat la diorang ni memang Kaki Penipu!!! Semua benda nak di Poo...singh!!! Dah terpusing sendiri, baru padan muka!!!



sumber: http://semuthitam80.blogspot.com/2012/06/isu-rm3bil-dah-dia-tuduh-datuk-murad.html?m=1

posted from Bloggeroid

 Seorang isteri sudah tidak sanggup lagi menanggung derita hidup setelah suaminya terjebak dengan penagihan syabu.

Haliza (bukan nama sebenar), 42, berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk menjauhkan suaminya daripada barang terlarang itu, namun semuanya sia-sia.

“Suami saya sudah lama ketagih syabu. Walaupun sudah dikurniakan lima anak, suami saya masih lagi tidak dapat meninggalkan ketagihannya itu.

“Saya sudah putus asa untuk menjauhkan suami daripada barang tersebut kerana saya sedar, sekali sudah terjebak, memang sukar untuk ditinggalkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Haliza berkata, demi anak anak, dia masih bersabar dengan masalah ketagihan suaminya walaupun hidupnya terseksa.

“Kalau suami saya ambil barang itu (syabu), dia memang akan menjadi rajin dan boleh tak tidur selama beberapa hari. Namun bila kesannya hilang dan tiada duit untuk beli barang tersebut, dia akan malas bekerja, selalu tidur, malah mudah mengamuk,” katanya.

Dia justeru merayu kepada pihak berwajib supaya prihatin dengan masalah penagihan syabu di Wilayah Jengka yang dikatakan semakin berleluasa.

Pengerusi Belia Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Jengka 19, Khairy Azly Kassim berkata, pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi menangani masalah itu.

Selaku pengerusi belia sendiri, saya juga sering mengadakan program yang melibatkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Namun sambutan yang diterima agak mengecewakan. Pada pendapat saya perlu ada jalan yang lebih berkesan untuk mengatasinya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon pihak berwajib melakukan pantauan ke setiap tanah rancangan Felda, selain meminta pemimpin di setiap kawasan prihatin dengan masalah itu yang kini semakin membimbangkan.



sumber: http://usezworkshop.blogspot.com/2012/06/isteri-derita-suami-ketagih-syabu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Usezworkshopblogspotcom+%28useZworkshop.blogspot.com%29&m=1

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY