'/>

SEORANG LELAKI DIPERCAYAI LEMAS DIHANYUT OLEH AIR DERAS

BINTULU : Seorang lelaki Law Boung Shi 24 tahun daripada Sibu dipercayai dihanyutkan oleh air deras ketika mandi bersama rakan-rakan di tepi pantai Tanjung Batu, Bintulu pada pukul 6.14 petang tadi.

BBP Bintulu/1 Jentera FRT Scania/6 anggota dan 1 Jentera EMRS/2 orang diketuai oleh PB Azman bin Hj Johari di lokasi dan sedang
mengumpul maklumat perihal kejadian dan terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Mangsa dipercayai tidak pandai berenang.
Info dan foto : FB RTM Sarawak

Barisan Nasional (BN) Pusat dan negeri Sarawak sudah siap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memberitahu pihaknya sedang menunggu sebarang keputusan dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan kerusi yang disandang oleh bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan Kejohanan Ping Pong Terbuka Putrajaya 2017 di Kompleks Kejiranan Presint 11 Putrajaya, pagi Sabtu.

Sebelum itu beliau mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Tan Sri Adnan Satem dan juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak yang baharu Datuk Abang Johari Abang Openg.

Tengku Adnan berkata beliau yakin dengan kemampuan Abang Johari untuk menerajui kepemimpinan Sarawak sekali gus membangunkan dan memakmurkan negeri itu serta ianya tidak diragui oleh kepimpinan BN.

Beliau berkata, “kita percaya dengan kepemimpinan Abang Johari akan menjadikan BN di negeri itu bertambah kuat seperti mana yang pernah dilaksanakan oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sebelum ini.

“Saya percaya beliau dapat meneruskan visi dan misi Allahyarham Adenan untuk menjadikan Sarawak terus maju dan membangun di samping menjaga kesejahteraan rakyat,” katanya.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya mengumumkan kos pembayaran padang futsal yang dibangkitkan oleh anak-anak muda di Presint 18 Putrajaya akan dibiayai oleh Perbadanan Putrajaya.

Beliau juga mahu beberapa kemudahan awam seperti dewan di pusat-pusat komuniti penduduk di manfaatkan kerana kerajaan membinanya untuk kemudahan rakyat

Terbaharu, ada segelintir pihak membangkitkan Abang Jo tidak layak menjadi Ketua Menteri kerana kononnya beliau adalah salah seorang ADUN yang terlibat dalam peristiwa menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak pertama Mendiang TSDA Kalong Ningkan pada tahun 1966 dahulu.

FAKTA: Abang Jo lahir pada tahun 1950, takkan beliau menjadi ADUN dalam usia 16-tahun? Beliau hanya bergiat aktif dalam politik pada tahun 1977 sebelum menang kerusi DUN Satok pada tahun 1981 dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri pada 1982.

*sadisnya, biarpun fitnah ini ternyata jelas fitnah, ramai juak "pak angguk dan mak angguk" mengangguk serta mengecam tanpa usul periksa kesahihan apa yang didakwa.. donia oh donia :P

KUCHING: Empat individu, masing-masing dari Kuching, Samarahan dan Serian berjaya dicekup pasukan Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman susulan penglibatan mereka dengan Daesh.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Dato Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, keempat-empat mereka itu merupakan sebahagian daripada 122 individu yang ditangkap berkait militan tersebut sepanjang tahun lalu.

“Mereka ditangkap di beberapa lokasi di Semenanjung dalam operasi berasingan.

“Siasatan mendapati mereka tidak mempunyai hubungan antara satu sama lain,” katanya pada sidang media selepas mrnyempurnakan majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Skuad 1&2 2016 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching dekat sini.

Bagaimanapun katanya, tiada tangkapan berkait militan itu ataupun melibatkan elemen keganasan lain di negeri ini sejak 2013.

“Pun begitu, pasukan keselamatan di negeri ini tidak boleh leka.

“Pemantauan berterusan adalah perlu untuk mengelakkan insiden tidak diingini seperti di luar negara berlaku,” tegasnya.

Kata Fuzi lagi, sejak Februari 2013, seramai 264 individu telah ditangkap berhubung aktiviti militan ini termasuk warga asing dan polis akan meneruskan operasi di seluruh negara bagi menjejak mereka.

“Malah menjelang sambutan Tahun Baharu Cina ini, kita akan terus meningkatkan pemantauan.

“Kita berdoa agar tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku berkaitan kumpulan ini,” katanya. – Sarawakvoice

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY