KKLW akan memberi sepenuh kerjasama kpd SPRM & akan terus menyokong usaha SPRM dlm membenteras rasuah serta penyelewengan- YB Menteri KKLW sumber: https://t.co/oE47XGGdHs
Related Pots
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Misi Bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi membantu mangsa-mangsa banjir terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur.
Konvoi kenderaan untuk misi berkenaan dilepaskan oleh Timbalan Perdana Menteri di Kementerian Dalam Negeri di sini.
Sumbangan-sumbangan yang bakal disalurkan termasuk pek-pek makanan keperluan asas termasuk beras, minyak masak, sardin dan susu selain sumbangan ubat-ubatan, tuala wanita, lampin dewasa dan kanak-kanak serta telekung dan kain pelekat.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohammed; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin.
Terdahulu, dalam majlis berasingan, Ahmad Zahid yang Menteri Dalam Negeri hadir bagi menerima Dokumen Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri Tahun 2017 daripada Alwi.
Menurut Ahmad Zahid, kementeriannya akan memenuhi sebanyak 38 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pada tahun ini berbanding 22 KPI pada tahun lalu.
Katanya, dengan pencapaian 22 KPI oleh kementeriannya pada tahun lalu adalah sebanyak 123 peratus, beliau menyasarkan pencapaian 38 KPI pada tahun ini akan ditingkatkan kepada 138 peratus. - UTUSAN ONLINE
Related Pots
YB Abdullah Haji Saidol Wakil Rakyat DUN N42 Semop yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri bersama rombongan hari ini Rabu 4 Januari 2017 telah membuat lawatan kerja ke beberapa rumah panjang dan sekolah di kawasan luar bandar dalam kawasan.
YB melihat sendiri projek baikpulih jalan, pembinaan dewan baharu dan jalan simen Rh Ben dan Rh Isa di Telok Gelam. YB Abdullah Haji Saidol amat mengambil berat masalah tangki tadahan air hujan di Rh Bap ak Entingal di Mupong Ulin yg memerlukan tindakan segera sebab penduduk rumah panjang ini hanya bergantung pada air hujan untuk kegunaan harian mereka.
Keadaan jeti yg usang di Rh Indit ak Ugak, Mupong Tengah juga turut mendapat perhatian untuk perlaksanaan daripada wakil rakyat. YB juga berkesempatan mengunjungi dan bertemu dgn TR Gawai ak Unsa di Mupong Muara .
#demiwarga
#fotoPusatKhidmatN42