Sejak akhir-akhir ini banyak pula kejadian melibatkan kes bunuh diri. Paling dikesali jika individu yang memilih untuk menamatkan riwayat begini terdiri daripada orang Islam yang diketahui merupakan satu perbuatan sesat.
Khamis lalu, trafik dikhabarkan menjadi sesak teruk dari Proton Shah Alam menuju Puchong gara-gara kelibat satu mayat tergantung berhampiran Jambatan Pasar.
Mayat lelaki memakai baju PBSM putih itu kelihatan jelas di celah-celah jambatan hingga menarik perhatian ramai.
Khabarnya, lelaki terbabit tidak siuman dan kemungkinan besar mengakhiri riwayatnya dengan cara itu kerana tidak tahan dengan tekanan hidup.
Mynewshub