IKLAN

meradong tool bar

Get our toolbar!
SELAMAT DATANG KE BLOG MERADONG TODAY..SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1433,SELAMAT BERPUASA.WWW.MERADONGTODAY.BLOGSPOT.COM-JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMEN ANDA..TERIMA KASIH..

comment

like

Saturday, 25 May 2013

Penyamun berseluar Dalam Cuab Merogol Gadis Sunti

Sebuah keluarga dari Benut di sini, berdepan detik cemas apabila kediaman mereka dimasuki seorang lelaki yang hanya berseluar dalam bersenjatakan pisau dalam kejadian jam 4 pagi, Selasa lalu.

Ketika kejadian, suami isteri terlibat bersama tiga anak mereka sedang tidur sebelum dikejutkan jeritan anak perempuan kedua yang berada dalam bilik berasingan.

Samsudin Masran, 47, berkata, dia segera ke bilik anaknya sebelum mendapati cahaya mata sulungnya, Amalia Khairulnisa, 10, sudah tiada di tempat tidurnya.

“Anak kedua saya, Nur Farahin, menjerit memberitahu kakaknya sudah tiada dan memberitahu ada orang datang ke bilik mereka.

“Puas saya mencari Amalia di dalam rumah, tetapi tidak jumpa,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Bagaimanapun, Samsudin berkata, usaha isterinya, Rubiah Jerai, 40, yang mencari di kawasan belakang rumah terlihat kelibat anak perempuan mereka bersama seorang lelaki menuju ke arah balai Masjid Tampok.

Menurutnya, Rubiah terus menjerit meminta tolong daripada jiran di sebelah rumah yang kemudiannya bergegas ke belakang rumah.

“Saya dapati anak saya ditinggalkan seorang diri di kawasan belakang rumah dan menangis, namun tidak cedera,” katanya.

Samsudin seorang pemandu lori mengakui, kehilangan wang sebanyak RM3,000 yang diletakkan di dalam dua beg selain sebuah telefon bimbit.

Jelasnya, wang tersebut adalah hasil jualan barang yang dibawa di dalam lori yang sepatutnya diserahkan kepada majikannya.

“Saya syak perompak tersebut masuk melalui tingkap kerana tiada kesan umpil pada pintu. Saya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Benut,” katanya.

Sementara itu, Amalia yang masih trauma berkata, lelaki terbabit mengugut agar memberinya wang sambil mengacukan pisau di lehernya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superitendan Jokhiri Abdul Aziz mengesahkan kejadian.

Sumber: http://azmykelanajaya.blogspot.com/2013/05/penyamun-berseluar-dalam-cuba-merogol.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1

posted from Bloggeroid

Friday, 24 May 2013

Thursday, 23 May 2013

Ingat Ular Besar rupanya Paip Air..






Mula-mula ingat nabau tek...rupa-rupanya
Paip air....
Harap pihak berkuasa tempatan dapat menyelesaikan perkara tok secepat mungkin..
Mengikut member tinggal kat seberang dah 2 minggu perkara tok berlaku....

posted from Bloggeroid

Jom Buat laporan Polis



Kepada Ngo Sarawak dan pihak yang sayangkan Sarawak...jom ramai-ramai kita buat laporan polis berhubung isu blackout...
Pandai nak buat demo....

posted from Bloggeroid

Wednesday, 22 May 2013

Rajin Bos tok....

Respect admin kegigihan bos tok...




posted from Bloggeroid

Karpal jangan cuba tipu rakyat cakap Malaysia Spring adalah musim bunga-Tunku Aziz

- Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bertegas dengan pendiriannya tidak akan sesekali tunduk kepada amaran Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengarahkannya menutup mulut.


Malah, beliau berikrar akan terus membuat pendedahan demi memastikan keamanan negara tidak tergugat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab demi ketaksuban memiliki kuasa.

Tunku Abdul Aziz turut mencabar Karpal untuk cuba 'sedaya upaya' mengheretnya ke mahkamah andainya pendedahan-pendedahan itu sebenarnya menyusahkan golongan berkepentingan dalam DAP.

"Saya sedikit pun tidak gentar dengan ugutan serta amaran Karpal. DAP sudah sinonim dengan sikap mengugut sesiapa yang tidak sealiran dengan parti itu dengan saman-menyaman. Saya juga sudah lali. Buatlah sesuka hati kamu, Karpal.

"Walau bagaimanapun, saya tidak mempunyai rancangan seperti Karpal untuk menyamannya atau DAP kerana saya bercakap benar. Semua itu tidak demokrasi dan membuang masa," katanya dalam sidang akhbar berhubung perkara itu di sini hari ini.
Yang turut hadir, bekas Ketua Cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat; Presiden Kelab Muda Wartawan Malaysia, Dzulkarnain Taib dan Penasihat Perhubungan Antarabangsa Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Adam Mikail.
Karpal telah memberikan amaran kedua kepada Tunku Abdul Aziz semalam supaya menghentikan perbuatan mendedahkan kepincangan parti berkenaan tidak kurang dalam tempoh 48 jam.

Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz turut menggesa Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin supaya segera tampil membuat penjelasan berhubung kenyataan kebangkitan Malaysia Spring kepada umum.


"Menurut Karpal, Malaysia Spring itu sebenarnya 'musim bunga', apakah Karpal atau DAP menganggap kita rakyat Malaysia tidak berakal? Sejak bila kita ada musim bunga di negara ini?

"Janganlah cuba manipulasi situasi sebenar, maksud itu sebenarnya gelombang revolusi demonstrasi ganas Arab Spring seperti di Libya, Yemen dan Mesir. Jangan cuba porak-perandakan keamanan negara ini," dakwanya.
Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0, selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu

Tunku Abdul Aziz juga yakin Karpal cuba mengalihkan perhatian ahli DAP dan rakyat di negara ini terhadap masalah dalaman parti itu yang berlarutan sejak pemilihan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember tahun lalu.
Sementara itu, beliau turut memberikan peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia agar berfikir dengan rasional sebelum bertindak menghadiri sebarang demonstrasi yang dianjurkan pembangkang.


"Jangan biar diri dipergunakan. Mereka hendak kuasa untuk memerintah negara dengan cara tidak sah. Rakyat Malaysia dipergunakan untuk turun ke jalanan bagi terus menjahanamkan keharmonian.


"Jangan seperti lembu dicucuk hidung, percaya kepada semua pembohongan demi kepentingan golongan 'sadis' ini," tegasnya.

- http://sejarahmelayu.blogspot.com/2013/05/karpal-jangan-cuba-tipu-rakyat-cakap.html?m=1

posted from Bloggeroid

COPYRIGHT@SEGALA YANG DITULIS DIATAS ADALAH HAK MILIK MERADONG TODAY