'/>

Asri mencerita bagaimana usaha beliau menyelam akhirnya berjaya menemui Aisya...
salam takziah ,Al-Fatihah diucapkan kepada encik Mazlan b Hasim dan isteri Anum bt Abdul Rani serta keluarga atas anak mereka Aisya bt Mazlan ,7 tahun .telah meninggal dipecayai lemas jatut di sg.Rajang Bintangor ,gara2 cuba mengambil seliparnya jatuh dari jeti.

Terima kasih David Teo.
Awak memang seorang yang hebat dan dari dulu memang pandai mencari publisiti. Murah atau tidak, publisiti is publisiti.

Apa yang EP nampak DAP sedang berusaha bermati-matian untuk mempertahankan Lim Guan Eng yang kini sedang berdepan dengan pertuduhan salah laku rasuah di mahkamah. 

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan kedudukan Guan Eng kekal walaupun secara tidak langsung kita dapat melihat dengan jelas bagaimana resahnya DAP mendepani isu kali ini.
Siapa Bakal ketua pembangkang baru???

Cakap-cakap kedai kopi semakin rancak membincangkan kemelut kepimpunan di dalam Pakatan Harapan. Keputusan PAS tidak menyertai gabungan itu serta "kelemahan" Parti Amanah Negara (PAN) menarik sokongan Melayu antara punca idea supaya Muhyiddin Yassin dibawa ke dalam gabungan tersebut.

KUALA LUMPUR:  Sekali lagi orang ramai terperdaya oleh berita palsu yang diviralkan kononnya van yang terbakar di Jalan Bunus 6, di sini, semalam berpunca akibat diletupkan walhal kejadian itu berlaku disebabkan masalah sistem dalaman van berkenaan.

“Kejadian itu adalah berpunca daripada sistem dalaman van berkenaan dan bukan akibat diletupkan seperti yang diviralkan di laman sosial, ” tegas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh bagi menafikan berita yang sengaja diviralkan.

Berita berkenaan telah menimbulkan keresahan, apatah lagi ia disertakan dengan peringatan supaya orang ramai tidak turun ke ibu kota.

“Polis memandang serius berita yang disebarkan tanpa mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, van itu terbakar secara tiba-tiba ketika pemandu memandu van terbabit ke ibu negara.

“Kejadian disedari pemandu terbabit apabila mendapati bahagian enjin van itu berasap dan seterusnya menghentikan kenderaan itu di bahu jalan,” katanya.

Beliau berkata, pemandu van berkenaan sudah membuat laporan di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee berkaitan kejadian itu.

Pada Jumaat lalu, satu berita palsu berkaitan dengan kawasan dan bangunan di ibu negara yang kononnya bakal diserang oleh IS turut disebarkan melalui media sosial sehingga polis perlu menafikannya.

Memburukkan keadaan, pada petang semalam, ahli UMNO turut memprotes di hadapan Ibu Pejabat DAP di sini sebagai tanda protes terhadap kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang dianggap menghina Islam.

Gambar van yang terbakar itu diviralkan bersama-sama gambar kejadian protes itu sehingga menimbulkan kebimbangan dan keresahan. – Sarawakvoice.com

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib
Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib berada di Miri semalam untuk mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri ke kediaman wakil rakyat, ketua masyarakat serta rakan di sini.

Tidak faham Laporan PAC, punca Muhyiddin dan Ezam desak tukar status Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO

1. Terdapat kemungkinan Muhyiddin Yassin dan Ezam Mohd Noor tidak membaca secara teliti Laporan Jawatan Kuasa Kira Wang Negara (PAC) bertajuk Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setebal 106 mukasurat. Jika mereka membacanya sekalipun, mungkin mereka tidak memahami kandungannya. Sekiranya Muhyiddin dan Ezam benar-benar membacanya, pasti kedua-duanya tahu bahawa di dalam Laporan PAC tersebut sudah terkandung kesimpulan hasil siasatan Jabatan Audit Negara (JAN), selain dapatan dan kesimpulan dari PAC sendiri.

2. Muhyiddin secara berterusan menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal klasifikasi laporan audit ini. Muhyiddin gagal memahami bahawa ia merupakan permintaan Ketua Audit Negara sendiri. Perkara ini pernah dinyatakan oleh Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin pada 4 Mac 2016, yang memaklumkan keperluan dan tindakan yang diambil oleh JAN untuk mengklasifikasikan Laporan Akhir Ketua Audit Negara Terhadap Pengauditan 1MDB sebagai dokumen rahsia rasmi. Dalam kenyataan itu disebut bahawa keputusan Jabatan Audit Negara ini dilakukan berikutan ada maklumat dalam Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB yang dibocorkan SECARA BERPILIH oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mencetuskan laporan negatif sehingga menjejaskan kredibiliti Jabatan Audit Negara dan PAC.

3. Muhyiddin juga secara sengaja berbohong dan memutar belit kenyataan berhubung arahan kepada Ketua Audit Negara. Dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada 4 Mac 2015, jelas disebut bahawa "Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengarahkan Ketua Audit Negara melakukan pengesahan bebas (perkataan yang digunakan "verify") akaun syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Berhad, (1MDB). Laporan Ketua Audit Negara itu kemudiannya akan diserahkan (perkataan yang digunakan "will be passed") kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) parlimen untuk semakan (perkataan yang digunakan "inspection")." Turut disebut bahawa kenyataan media itu dibuat selepas wakil 1MDB dan wakil pengaudit syarikat itu, Deloitte dipanggil memberi penerangan kepada jemaah kabinet pada hari yang sama. Dinyatakan bahawa wakil 1MDB memberi penerangan berhubung situasi terkini syarikat dan turut memberikan jawapan terhadap pelbagai soalan yang dikemukakan anggota kabinet termasuk oleh Perdana Menteri dan timbalannya, manakala Deloitte pula memberikan gambaran menyeluruh hubungan dengan 1MDB dan mengesahkan audit akaun syarikat.

4. Telah dinyatakan dengan jelas dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri sejak hari pertama pengumuman mengenai arahan kepada Ketua Audit Negara dibuat bahawa "laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan kepada PAC yang dianggotai oleh ahli parlimen kerajaan dan pembangkang untuk disemak secara telus". Adakah Muhyiddin gagal memahami bahasa mudah yang digunakan dalam kenyataan tersebut? Di manakah yang disebut bahawa Laporan Ketua Audit Negara akan didedahkan kepada umum? Muhyiddin memetik tulisan dalam blog Najib yang menyebut mengenai  "fakta-fakta dari laporan Ketua Audit Negara dan PAC" untuk menuduh PM tidak menepati janii. Untuk pengetahuan Muhyiddin dan Ezam, fakta-fakta inilah yang digunakan dan dimasukkan di dalam laporan PAC. Silalah baca semula laporan PAC tersebut.

5. Dari segi proses dan prosedur, Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB adalah untuk dibentangkan kepada PAC agar laporan tersebut boleh diteliti dan semakan susulan boleh dibuat. Kenapa PAC dilibatkan? Penglibatan PAC penting kerana ia diberikan autoriti untuk memanggil pihak yang terlibat dalam isu 1MDB ini dan penjelasan konteks sesuatu peristiwa boleh ditanya. PAC juga penting kerana ia boleh memberikan pandangan yang objektif atas sifat dwi-partisannya yang diwakili oleh wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Selepas PAC membuat semakan, mereka juga diberi autoriti untuk mencadangkan tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil oleh kerajaan dalam isu 1MDB ini.

6. Kenapa butiran laporan Ketua Audit Negara tidak wajar didedahkan kepada umum? Seperti yang disebut tadi, permintaan dan tindakan JAN untuk mengklasifikasikan laporan ini sebagai rahsia rasmi adalah kerana terdapat kecenderungan untuk menggunakan dapatan audit ini SECARA BERPILIH dan tidak bertanggung jawab. Cebisan-cebisan daripada laporan Ketua Audit Negara ini boleh diambil SECARA BERPILIH tanpa pengetahuan mengenai konteks sebenar cebisan maklumat tadi. Ia boleh membuka ruang kepada pelbagai spekulasi sedangkan jelas sekali pihak yang membuat spekulasi ini tidak mempunyai autoriti untuk memanggil semua pihak yang terlibat bagi mendapatkan penjelasan sebenar. Akhirnya isu ini akan dibicarakan tanpa kesudahan dalam mahkamah pendapat umum dan dibicarakan melalui media, sedangkan pihak yang berautoriti dan diwakili oleh wakil rakyat BN dan pembangkang telah membuat semakan dan memberikan pelbagai cadangan kepada kerajaan mengenai tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan isu yang dihadapi oleh 1MDB.

9. Rumusan PAC ini boleh di baca di mukasurat 103 hingga 106 laporan tersebut. Antara lain menyebut mengenai kelemahan tadbir urus, kekangan 1MDB dalam melaksanakan peranannya, cadangan-cadangan untuk memperbaiki tadbir urus syarikat dan siasatan susulan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB. Apakah tanggung jawab kerajaan selepas PAC mengemukakan laporan dan cadangan? Tanggung jawab kerajaan adalah untuk melaksanakan cadangan-cadangan PAC seperti yang sedang dilaksanakan sekarang, termasuk melakukan siasatan ke atas bekas CEO 1MDB. Siasatan ini sedang dilakukan oleh pihak PDRM dan tindakan akan diambil jika terdapat pelanggaran undang-undang atau perilaku jenayah.

10. Kenapa Muhyiddin dan pembangkang mahu dokumen ini dideklasifikasikan? Mereka sekadar mahu menangguk di air keruh dan ingin polemik 1MDB berterusan serta dibicarakan melalui media, bukan kerana mereka mahu isu 1MDB diselesaikan. Mereka adalah pihak yang paling rugi jika isu 1MDB dapat diselesaikan.

Foto By KLXpressSarawak
Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perladangan Datuk Francis Harden Hollis melahirkan rasa gembira melihat perkembangan terkini projek pembinaan Hospital Sri Aman.

Beliau berkata, projek itu memasuki fasa kedua sejak Oktober tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober 2018.

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan hospital baharu ini giat dilaksanakan dan berharap projek itu dapat siap mengikut jadual ditetapkan.

“Saya berharap pembinaan Hospital Sri Aman tidak lagi menjadi isu dan rakyat sendiri melihat projek itu dibangunkan,” katanya selepas menghadiri taklimat pembinaan Hospital Sri Aman di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Katanya, kemudahan yang terdapat di hospital itu me-rangkumi 108 katil pesakit, bahagian kecemasan, klinik pakar, hemodialisis dan makmal patologi.

“Kewujudan hospital ini sudah pasti menggembira-kan penduduk Sri Aman kerana ia sesuatu yang mereka nanti-nantikan,” katanya.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY