'/>

Sibu:Only in SARAWAK. Kad klinik yg berbaris.. Berlaku di Poliklinik Oya, Sibu.
Foto by FB my mukah.

Geran Tanah Gantian Baru Sedia Dituntut bagi Tuan punya tanah yang disebabkan oleh Projek Pembinaan Pan BORNEO Zon Sarikei Bintangor. Tingkat 4, Wisma Jubli Mutiara Sarikei.

SUPP dan UPP, please take note ye..😎

Senarai calon PRK Pujut ada pada saya — Abang Jo

KUCHING: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg semalam mengesahkan kedua-dua parti; Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) telah menghantar senarai nama calon berpotensi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut kepadanya.

Bagaimanapun katanya, masih terlalu awal untuk beliau mendedahkan senarai nama tersebut, sebaliknya calon yang dipilih hanya diumumkan sebelum penamaan calon.

“Ini kerana tarikh penamaan calon masih jauh.

“Sejujurnya, PRK Pujut merupakan tugas berat tetapi kami rasa kami boleh menang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bazar Ramadan Satok semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 4 Julai depan sebagai Hari Pembuangan Undi PRK Pujut manakala Hari Penamaan Calon pada 20 Jun depan.

Ia diadakan susulan kekosongan kerusi tersebut setelah Dewan Undangan Negeri melucutkan penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon daripada DAP.

Bazar Ramadan itu merupakan antara yang tertua diwujudkan di negeri ini, sejak 29 tahun lalu.

Abang Johari turut mengagihkan bubur pedas dan bubur lambuk secara percuma kepada para pengunjung. – Sarawakvoice

Tahniah kepada Rayzam Shah Wan Sofian yang memecahkan rekod kebangsaan dengan memadamkan rekod 23 tahun acara 110 meter berpagar di Kejohanan Kurpfalz Gala, di Jerman, semalam.

"Sudah 23 tahun rekod 110m lari berpagar dipegang Nur Herman Majid, kini dilebur jaguh anak Sabah, Rayzam Shah. Tahniah! #kebanggaanku #Negaraku," kata Perdana Menteri menerusi akaun Twitter beliau semalam.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY