'/>

Kenyataan Rasmi Berkaitan Produk Sosej Diragui Status Halal(Khusus Buat Umat Islam Sarawak)

Kenyataan Rasmi Berkaitan Produk Sosej Diragui Status Halal

Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dengan kerjasama beberapa agensi penguatkuasaan lain telah mengadakan satu operasi bersepadu halal di Bahagian Betong pada hari ini (28 September 2016).

Pasukan operasi mendapati beberapa premis mempamer untuk jualan produk sosej ayam (Chicken Frank) diragui status halalnya. Pemerhatian pada label pembungkusan produk didapati produk berjenama “Rose Brand” dan dikeluarkan Rose Poultry Vinderup Denmark serta mempunyai logo halal daripada Islamic Cultural Centre Denmark.

Pemilik premis berkenaan telah diarahkan untuk mengemukakan bukti permit import dan sijil halal produk berkenaan untuk mengetahui status halal produk serta status kemasukannya ke Negeri Sarawak samada secara sah atau tidak sah.

Semakan awal pihak JAIS melalui lawan sesawang Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (http://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/299) mengenai Senarai Loji & Rumah Sembelih Yang Diiktiraf Di Luar Negara mendapati Rose Poultry Vinderup Denmark tiada dalam senarai berkenaan.

Manakala semakan melalui Portal Rasmi Halal Malaysia pada Senarai Badan Persijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf (http://www.halal.gov.my/v4/index.php/en/badan-islam/badan-luar-negara-diiktiraf) mendapati Islamic Cultural Centre Denmark tiada juga dalam senarai badan diiktiraf.

Sehubungan itu, JAIS dan Bahagian Veterinar Jabatan Pertanian Sarawak akan bekerjasama untuk menentu pastikan status sebenar produk berkenaan dan menasihatkan pengguna muslim secara khususnya berhati-hati dengan produk ini.

Bahagian Pengurusan Halal
Jabatan Agama Islam Sarawak
28/9/2016

Rujukan:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1240313156040786&id=392118954193548

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY