bintangor:
Warga emas yang bernama Razak bin Japar merayu kepada pihak berkenan supaya membantu beliau membina rumah.Razak berusia 53 tahun tinggal di Jalan Abang Ali Bintangor seorang diri.Rumah yang beliau tinggal sekarang adalah rumah yang dibuat beliau sendiri yang cuma bersaiz 10 kaki kali 10 kaki yang cuma bernilai rm 1000.Razak berkerja sebagai buruh kasar dan berpendapatan sebanyak rm300 sebulan.Rumah yang beliau diami sekarang usang dan buruk.
Razak pernah memohon rumah bantuan pada tahun 2009 yang lalu namun sampai sekarang tiada langung berita tentang permohonan beliau samada diluluskan atau tidak.Beliau merayu supaya pihak berkenan sanggup menolong beliau.