'/>

Lundu :Dengan melihat jumlah penyokong yang hadir pada siang tadi aura BN boleh menyebabkan calon pembangkang dari Star dan PBDS Baru hilang SEMANGAT...
Jelas kerisauan pada wajah mereka...Sehingga ada yang cuba menyembunyikan dengan LAWAK...
Kesimpulan ringkas yang boleh dikatakan bahawa pengundi Dun Tanjung Datu mahu meneruskan plan pembangunan yang telah dirancang oleh pemimpin BN terdahulu.Bukan janji manis yang biasa dijanjikan oleh pembangkang...

Paling mencuri tumpuan adalah kenyataan Asbol yang menzahirkan keyakinannya untuk menang mudah. Agak melucukan apabila Asbol mendakwa, tujuan beliau menyertai pilihan raya ini adalah kerana hobi dan minat beliau untuk bertanding. Sebelum ini, Asbol pernah bertanding di Miri, Matu dan beberapa DUN dan Parlimen namun kesemua penyertaannya menemui kegagalan.

http://www.pru14.tv/2017/02/04/prktjgdatu-calon-pembangkang-adalah-calon-berani-kalah/

Kenyataan Media
YB Abdullah Hj.Saidol
Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri sejurus selepas pengumuman calon layak bertanding pada PRK N03 Tg Datu.

Kita tidak terlalu kecewa kerana tidak menang tanpa bertanding.

Malah kita sambut kehadiran dua lagi calon dari STAR dan PBDS Baru atas semangat demokrasi yang matang.

Mungkin ada rahmat disebalik proses berkempen yang akan kita lalui selama 14 hari di sekitar N3 Tanjong Datu.

Kita dari awal telah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Jentera operasi pilihanraya Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Dato Seri Wan Junaidi telah mengadakan beberapa sesi taklimat serta simulasi dengan warga kerja Cawangan PBB Tanjong Datu.

Rakan-rakan komponen dalam BN Sarawak juga telah memberi komitmen untuk turut turun padang berkempen.

Sebarang isu yang melibatkan kepentingan rakyat akan pasti mendapat perhatian serta tindakan segera.

Bersama jentera @barisanasional pagi ini di penamaan calon PRK DUN Tanjong Datu. Semoga berjln lancar, bersatu hati demi kemenangan BN.
Foto by telegram  YAB TPM Zahid Hamidi

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu masuk ke pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Daerah Lundu kira-kira pukul 9.05 pagi. 

Pengerusi Parti Reformasi Sarawak (STAR) Johnny Bob Aput hadir ke pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Daerah Lundu kira-kira pukul 8.45 pagi ini. 

Calon Bebas Hasbor Abdullah masuk ke pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Daerah Lundu kira-kira pukul 8.15 pagi.

Calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) baru Rapelson Richard Hamid masuk ke pusat penamaan calon Dewan Masyarakat Daerah Lundu kira-kira pukul 8.10 pagi. 


Foto by Sarawakiana

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY