TANPA kita sedari, negara kita telah mengacapi kemerdekaan selama 55 tahun. Sepanjang waktu itu, kita bebas dari pemerintahan luar termasuk British, Jepun mahupun komunis atau Bintang Tiga.
Pahit getir yang dilalui sewaktu zaman penjajah bukan sahaja dirasai oleh pejuang negara dan seluruh penduduk, malah karyawan seni yang mengharungi kehidupan ketika itu turut menghela nafas panjang untuk menempuh hari-hari mendatang.
Jika sebelum ini, Seniman Negara, Datuk Aziz Sattar, 87, sering berkongsi kisah-kisahnya bersama bintang legenda, Tan Sri P Ramlee, namun sempena sambutan kemerdekaan ini, beliau berbesar hati untuk berkongsi kisah perit ketika zaman penjajah.
Menurut bintang legenda yang mesra dipanggil Pak Aziz ini, ketika negara dijajah, rakyat hidup dalam kesengsaraan dan penuh derita.
“Setiap hari, ada sahaja pertumpahan darah dan rakyat dibunuh tanpa belas kasihan. Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, mayat bergelimpangan di sana sini.
“Ketika itu, umur saya baru mencecah belasan tahun. Ketika negara di bawah jajahan British, kesemua hasil dalam negara turut dijajah.
“Namun, keperitan mula semakin dirasai setelah Jepun datang. Peperangan terjadi di sana sini sehinggakan rakyat takut untuk keluar rumah,” katanya sambil fikirannya menerawang jauh mengingati detik-detik itu.
Menurut Aziz, ketika itu, kesengsaraan sangat dirasai apabila makanan utama yang hanya boleh didapati hanyalah ubi kayu sahaja.
“Kalau dapat segenggam beras, ia dah kira bersyukur. Kayu ubi kayu, bukan sahaja isinya yang dimakan, malah kulit juga menjadi hidangan kami.
“Bekalan ubat juga tidak diperoleh. Jika ada orang sakit, ia hanya dibiarkan begitu sahaja sehingga mati. Ketika itu juga, saya sanggup mencuri.
“Saya akan mencuri beras, gandum dan makanan lain untuk diagihkan kepada yang memerlukan. Jika saya tidak berbuat begitu, mungkin saya tidak dapat menolong mereka,” katanya sambil menggelengkan kepala.
Penderitaan rakyat tidak hanya berakhir setelah Jepun menyerah kalah pada 1945, malah kehadiran semula British mengundang Bintang Tiga atau komunis untuk melunaskan dendam terhadap Jepun sebelum ini.
“Namun, kekejaman komunis hanyalah sementara kerana mereka bukanlah pengganas yang digeruni. Mereka hanya berani menentang dari belakang dan takut untuk berdepan.
“Ketika pemerintahan British, mereka menubuhkan Malayan Union. Dengan kebijaksanaan Datuk Onn Jaafar, beliau membantah penubuhan Malayan Union dan menubuhkan United Malays National Organisation (Umno).
“Perbincangan yang berbekalkan sebatang pen dan kertas itu berjaya. Pada 1948, Malayan Union diubah kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani Raja-Raja sekali gus mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu,” katanya yang merungkap makna Umno adalah ‘Tanpa Senjata’.]
Sumber: http://peraktoday.com/wp/?p=83113&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

posted from Bloggeroid