'/>

Saya baca banyak kenyataan daripada beberapa pihak tentng kenyataan saya semalam bila saya maklumkan kementerian bercadang utk beri lesen pinjaman wang kepada pemaju perumahan untuk memudahkan urusan rakyat membeli rumah.

Untuk makluman, banyak rumah mampu milik dibina oleh pihak pemaju swasta.Ada juga yang sudah diberi tawaran, tetapi masalah pula dengan pihak bank.

Cadangan ini bertujuan memberi peluang kpd pembeli yg tidak dapat pinjaman dari bank konvesional dan dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai pemaju bekerjasama dgn KPKT utk menyediakan rumah mampu milik.

Kesimpulannya, cadangan ini utk beri pilihan kpd pembeli jika x dpt pinjaman bank mereka boleh pinjam dgn pemaju..terpulang kpd pembeli buat keputusan..pilihan di tangan mrk dan Ini baru cadangan, KPKT akan membuat kajian menyeluruh berkenaan perkara ini.

Tan Sri Noh Omar
Menteri KPKT

Rakyat majoriti setuju kerajaan harus serius dalam menangani isu tersebut malahan kerajaan diharap harus berhati-hati dan meniliti sepenuhnya status dan kesahihan identiti pemohon sebelum diluluskan.

Setiap pemohon ini wajib diskrinkan identiti mereka untuk mengelakkan ketirisan dalam melakukan tindakan dan keputusan penting ini. Negara memang memerlukan penambahan pada jumlah penduduk tetapi bukan dengan risiko tersilap mengambil alien dan berdepan dengan impak dan risiko disebalik kesilapan sendiri yang tidak sepatutnya berlaku.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY