'/>

Bintangor:Perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Bahagian Sarikei (IPD Sarikei VS MS United)sedang berlangsung di padang Kompleks Sukan. YB Datuk Ding Kuong Hiing dijemput untuk merasmikan Majlis Penangguhan Perlawanan tersebut.

Foto :FB yii hee sieng

5 TIP RINGKAS HIJRAH

1. NIAT

Hijrah seharusnya dimulakan dengan niat yang ikhlas dalam mengharapkan keredhaan Allah. Perubahan diri yang disertakan niat pasti mendapat pertolongan. Ingat remaja semua, jika anda melakukan hijrah tapi menunjuk-nunjuk pasti mengundang padah malah tidak kekal lama kebaikan yang diterima tu.

2. MATLAMAT

Matlamat yang ditetapkan itu perlulah relevan dan mampu untuk dicapai. Jangan meletakkan matlamat sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat. Mulakan dalam usaha yang mudah.

3. BUANG ANGGAPAN SALAH

Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Mungkin anda pernah beranggapan, golongan baik baik saja yang mampu memperoleh kemanisan iman sedangkan anda tidak. Buang jauh-jauh perasaan nagatif itu yang boleh mencacatkan semangat anda untuk melakukan penghirahan.

4. BANYAKKAN BACA KISAH ORANG BERJAYA

Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran mengenai bagaimana akhirnya wanita berkenaan mendapat hidayah untuk tampil bertudung dan menutup aurat . Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah . Itulah kuasa Hijrah .

5. PEDULIKAN KATA ORANG

Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat.

Sarikei:Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Mat Jusoh Mohamad bersama Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik(BSJN) IPD Sarikei menunjukkan sebahagian rampasan di percayai dadah jenis syabu dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Susur Jambu Sarikei, pada jam 3.00 petang, 19 September lalu.

Dalam serbuan itu, Polis berjaya merampas keratan tiup straw yang mengandungi ketulan kristal  disyaki syabu seberat 51.89 gram dengan anggaran nilai RM7,700.

Susulan itu, sepasang suami isteri dan seorang penjawat awam ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan Polis.Saspek berusia 24 hingga 35 tahun .Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.  Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.

KKR terima aduan bhubung kes penipuan kontrak mgunakan nama YBM @PetraJayaMP. Susulan itu satu laporan polis telah dibuat hari ini. https://t.co/IXxvtT33gv

AKU JANJI KERAJAAN PERSEKUTUAN

KESIHATAN

Anjung kasih merupakan rumah penginapan sementara khususnya untuk ahli keluarga yang kurang berkemampuan bagi mengiringi pesakit yang sedang menerima rawatan hospital-hospital kerajaan

DANA BANTUAN PONDOK DAN INSTITUSI TAHFIZ

Merujuk kpd dana bantuan pondok dan institusi tahfiz berjumlah RM80 juta daripada Kerajaan Persekutuan, sebanyak  RM65,278,640.00 tlh disalurkan melibatkan 129 buah pondok, 99 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 328 tahfiz. Baki sebanyak RM14,488,240.00 lagi bagi 243 institusi tahfiz sedang dalam proses penyaluran kerana menunggu maklumat akaun pusat-pusat tersebut.

Penyaluran keseluruhan peruntukan tersebut dijangka selesai pada bulan Oktober.

Sekian.

TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN MUSTAPHA
Ketua Pengarah Jakim
17 September 2017

Bintangor.Peserta SKSJ Khas Meradong 2017 menerima kejutan apabila YB Abdullah Haji Saidol Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Koporat) Adun N42 Semop dan YB Datuk Ding Adun N46 Meradong melawat mereka di Dewan Kai Chung dan Dewan Masyarakat Bintangor.Kedua -dua YB Berhormat sempat beramah mesra dengan peserta dan petugas..

Sambutan Sempena Hari Malaysia, Merdeka@Komuniti.
Di S. I. C.  Sarikei.
Foto :Dollah Narudin 

MENEGUR ATAU MENGKRITIK MEMANGLAH HAK INDIVIDU.. tapi jika menuduh mana-mana orang (dengan menyebut nama secara terus) secara terbuka itu sudah kesalahan DEFAMATION.

Sebagai seorang penguam, Chong Chieng Jen seharusnya telah menasihati Aziz Tanggang DAP agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan. Aziz ni memang dikenali sering "meroyan" di statusnya sambil menggunakan perkataan yang agak kasar dan kesat, sering menyentuh isu perkauman dan agama dan perkara-perkara yang lain yang banyak menyakitkan hati netizen (melibat respon dan komen balas pada statusnya yang telah dikongsikan). Malah, beberapa hari lepas saya dan beberapa orang rakan saya berseloroh yang Aziz memang seolah mahu ditangkap polis setelah penulisan mengecam ADUN Muara Tuang Dato Idris Buang baru-baru ini.
Sumber :FB Salfian Nawawi


Bintangor:Seramai 36 orang belia dari Sekitar Bintangor mengikuti program ini.

Dijemput seluruh masyarakat di Sarikei untuk bersama memeriahkan Majlis Perasmian SIC (Sarikei Innovate Centre) oleh YAB Ketua Menteri Sarawak.

Tarikh. : 17-9-2017 Ahad

Masa.  : 8:30 pagi

Tempat : Jalan Nyelong, (Sarikei Old Court Building)

XTVT.  : mini pameran MAHA.

Ketibaan Yang Di Pertuan Agong di maahad tahfiz dengan memandu sendiri kenderaan milik baginda lebih kurang jam 10 malam tadi. Tuanku mencemar duli melawat kawasan kejadian dan bertemu mata dengan pengurusan pusat tahfiz serta rakyat jelata.

Selain YDP Agong, turut melawat bersama tempat kejadian adalah Perdana Menteri, DS Najib, mengumumkan, peruntukan RM30 juta untuk Pusat Tahfiz swasta seluruh negara di Naikkan taraf.

Bintangor,:Lawatan YDH CP Dato’ Amer Bin Haji Awal,Pesuruhjaya Polis Sarawak ke Ibu Pejabat Polis Meradong.

Bintangor:Sesi taklimat dan penerangan bersama YB Abdullah Hj Saidol Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Koporat) merangkap Adun N42 Semop.Turut dihadiri Pegawai Daerah Meradong dan agensi- agensi kerajaan yang lain.

POLIS MENGESAHKAN SEMUA JASAD YANG TERKORBAN DITEMUI TERBAKAR DAN TERBARING SESAMA SENDIRI

Kuala Lumpur-Semua mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Keramat, pada pagi tadi ditemui dalam keadaan terbakar dan terbaring di atas satu sama lain.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua mayat ditemui di dua lokasi di tingkat tiga bangunan tersebut yang dihuni oleh 36 pelajar.

“Siasatan mendapati keadaan 24 mayat adalah terbakar dan mereka terbaring di atas satu sama lain,” katanya apabila ditemui oleh wartawan selepas melawat tempat kejadian.

(Kiraan awal menunjukkan 24 penghuni terkorban, namun Astro AWANI mendapat angka terbaharu iaitu 23 maut, empat serius dan tiga cedera ringan).

Beliau berkata kebanyakan penghuni terperangkap dan tidak dapat diselamatkan kerana pusat tahfiz tersebut hanya mempunyai satu pintu keluar.

Kebakaran tersebut dipercayai bermula di pintu keluar.

Tingkap bangunan juga tidak mempunyai ciri keselamatan yang boleh digunakan semasa kecemasan.

Saksi awam memberitahu, ketika azan Subuh berkumandang, api masih kelihatan di tingkat teratas bangunan pusat tahfiz itu.

Sumber: Astro AWANI

Bintangor :Skuad Sayang PBB N46 Meradong menziarah keluarga Puan Salamah Binti Johan.Turut Hadir Timbalan Ketua Cawangan PBB N46 Meradong Encik Morsili Bin Bakar.

ITU TIDAK BENAR

Ditanya sama ada tuntutan bahawa pelarian Rohingya akan dihantar ke dua daerah di sini adalah benar, beliau (Datuk Patinggi Abang Haji Johari) menjawab tidak benar dan bertanya bagaimana jawatan itu muncul di tempat pertama.

"Siapa yang memulakannya? Nya la ku hairan (saya juga bingung), "katanya.
Sumber :FB Ambrose Cheng

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan "perang" terhadap premis dan aktiviti judi haram yang dikaitkan dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata badan pencegahan rasuah itu akan mengambil tindakan terhadap pegawai penguatkuasa yang memberi perlindungan kepada sindiket aktiviti judi haram dan juga pengusaha premis yang menawarkan rasuah kepada pihak penguatkuasaan.

"Isu judi haram bukan isu baharu. Sudah tiba masanya SPRM mengambil tindakan khusus dan lebih agresif dalam memerangi aktiviti judi haram di negara ini," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

[KEMPEN KEGANASAN TIDAK BERAGAMA]

KOUNTER NARATIF BIL 4/2017 : Pengganas Abu Muhammad Al-Julani

Untuk makluman, Kerajaan telah mengeluarkan arahan bagi membendung penularan ancaman DA’ISH dan kumpulan-kumpulan pengganas seumpamanya yang giat merekrut orang-orang yang sealiran dengan mereka, termasuk kakitangan kerajaan dan swasta.

Sebagai menjalankan arahan tersebut, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan “Kounter Naratif Terhadap Terrorisme” di bawah kempen “Keganasan Tidak Beragama”.

Bersama-sama ini dilampirkan kounter naratif tersebut untuk peringatan bersama. Terima kasih kerana sudi membacanya. Dimohon kerjasama untuk menyebarluaskannya sebagai satu sebaran am dalam apa jua bentuk media.

Sekian, terima kasih.

Sumber:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1575351555857017&id=1299609103431265

PENGHORMATAN TERAKHIR ALMARHUM BAGINDA SULTAN KEDAH

KUCHING:Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Baginda Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mangkat semalam di Istana Anak Bukit, Kedah, pagi tadi.

Majlis yang bermula jam 11 pagi tadi turut dihadiri beberapa kenamaan negara dan negeri bagi memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum.

Pemakaman Almarhum Baginda Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dijangka bermula pada jam 4 petang ini disusuli dengan majlis tahlil serta doa selamat.

Turut hadir, mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abang Haji Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg serta isteri, Datin Patinggi Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang. -TAMAT-

Disediakan oleh: Mussliha Malihi (Bahagian Media dan Komunikasi Korporat)
Foto: Ambrose Cheng (Setiausaha Akhbar Ketua Menteri)


Berhubung isu kemalangan kapal terbang twin otter...admin .

Bintangor:Majlis sumbangan bakti rela bersama majlis keselamatan negara serta lawatan pengarah rela negeri sarawak tn raini bin tupong ke tapak rmh terbakar .rmh labang sg .tulai

Saya meminta semua pihak kibarkan bendera Msia separuh tiang seluruh negara selama 2 hari berturut2 bermula Selasa https://t.co/bLBpgqHIFx

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.. Al Fatihah...

Sembah Takziah

Kemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah jam 2:30 petang tadi di Istana Anak Bukit.

KESAN PAKU PADA DINDING BATU

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pemuda ini terlalu mengikut nafsu amarahnya terutamanya ketika bersama sahabat² nya. Dia langsung tidak memikir untuk menjaga perasaan sahabat² nya.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku² ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat meredakan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku² tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku tetapi lihatlah kesan lubang² di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu terhadap seseorang ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kadang kala anakku, kau merasakan sikapmu itu wajar dengan kemarahan yang sedang kau tanggung terhadap insan di sekelilingmu, tetapi tanpa kau sedar kau telah meninggalkan luka yang sangat dalam di hati mereka yang mungkin terlalu menyayangimu.

Ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal.

Ganjaran Wang Buat Penjawat Awam Jika Lapor Rasuah

Penjawat awam yang melaporkan kes rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menerima pengiktirafan berbentuk insentif wang yang sama dengan nilai rasuah yang ditawarkan, kata Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi.

Beliau berkata ganjaran itu akan diberikan dengan syarat sekiranya kes itu disiasat dan tertuduh didakwa serta disabit kesalahan.

"Di Sabah tahun lalu hanya ada dua penjawat awam iaitu kakitangan imigresen serta polis menerima ganjaran selepas melaporkan kes rasuah di negeri ini, manakala tahun ini terdapat seorang (polis) setakat ini bakal menerima ganjaran bernilai RM25,000 yang akan disampaikan pada tahun hadapan.

Memangkah bulan di dada dacing
Insentif terendah yang ditawarkan adalah RM500 bagi kes rasuah di bawah nilai RM500, namun kes rasuah membabitkan nilai RM500 dan ke atas akan dibayar insentif mengikut nilai sogokan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat di hadapan kira-kira 105 kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tawau sempena majlis melafaz dan menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) JPN Zon Tawau dan Sandakan bersama SPRM di Tawau, Sabah hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah JPN Sabah Datuk Ismail Ahmad di sini, hari ini.

Sazali berkata ganjaran itu bagi menggalakkan penjawat awam melaporkan kegiatan rasuah sekali gus mampu menghapuskan rasuah dalam kalangan penjawat awam di negara ini.

Sementara itu, beliau ketika ditemui berkata sebanyak 53 agensi kerajaan serta badan berkanun di Sabah telah melaksanakan IBR dan impaknya berjaya mengurangkan peratusan penjawat awam terlibat rasuah.

Beliau mengingatkan individu yang melafaz IBR untuk menunjukkan komitmen masing-masing dalam menghindari rasuah.

"Jangan lafaz sebagai wayang sahaja kerana yang malu jika ditangkap adalah agensi dan diri sendiri," katanya.

Menurut Sazali, setakat tahun ini tiga penjawat awam di Sabah yang telah melafaz IBR ditahan selepas disyaki terlibat rasuah. -MK

Gambar-Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi

Bintangor:Aktiviti membersih tapak baru Surau Taman Bintang .

KUCHING: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin mengetuai senarai penerima pingat kebesaran negeri sempena ulang tahun Yang Di-Pertua Negeri Sarawak yang ke-81 esok.

Beliau dikurniakan pingat Satria Bintang Sarawak (SBS) yang membawa gelaran “Pehin Sri”.

Turut menerima pingat dan gelaran yang sama secara posthumous ialah bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Haji Satem.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg muncul penerima tunggal Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak menerusi pingat Datuk Patinggi Bintang Kenyalang, yang membawa gelar “Datuk Patinggi”.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim pula dikurniakan pingat Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran “Datuk Sri”.

Turut menerima pingat yang sama ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri Richard Riot Jaem; Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Fatimah Abdullah dan bekas Peguam Besar Negeri, Datuk Fong Joo Chung.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Snowdan Lawan pula akan bergelar “Datuk” apabila dikurniakan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK).

Turut menerima pingat yang sama, Peguam Besar Negeri, Talat Mahmood Abdul Rashid; Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Balingian, Abdul Ajis Abdul Majeed.

Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan, Safri Zainuddin pula menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran “Datu”.

Turut menerima pingat yang sama, Pengarah Jabatan Kerja Raya, Zuraimi Sabki; Pengarah Sumber Manusia Negeri, William Patrick Nyigor dan Ketua Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak, Michael Dawi Alli.

Pingat Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) pula dikurniakan kepada Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang yang membawa gelaran “Dato”.

Turut menerima pingat tersebut Brig Jen (B) Datuk Muhammad Daniel @ Damien Abdullah, Dr Yao Sik Chi, Rabiah Johari dan Sharkawi Alis.

Turut tersenarai, Alex Ting Kuang Kuo, Temenggong Helmi Mohd Gol, Bernard Aggan Assan, Goh Leng Chua dan Haji Yepni @ Yet Adenan.

Turut dianugerahkan pingat ialah tujuh penerima Johan Bintang Kenyalang (JBK); dua penerimq Johan Perkhidmatan Cemerlang (JPC). – Sarawakvoice

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY