'/>

Sebanyak 1,200 balak haram dirampas dalam satu serbuan Op Gergaji di Bakun, Kapit siang tadi, sekali gus menjadikan jumlah balak yang dirampas setakat ini sebanyak 1,700.

Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohamad Jamidan Abdullah berkata, setakat ini seramai 10 individu terdiri daripada pemilik dan penyelia kilang papan sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

"SPRM turut membekukan 30 akaun syarikat dan individu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menjadikan jumlah keseluruhan akaun yang dibekukan sebanyak RM600 juta.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001," katanya dalam kenyataannya di sini, sebentar tadi.

Op Gergaji ini adalah operasi bersepadu terbesar yang pernah dijalankan SPRM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Perhutanan Sarawak dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Operasi yang membabitkan lebih 400 anggota dan pegawai adalah satu operasi yang mencabar kerana ia membabitkan serbuan di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses masuk kecuali dengan menggunakan helikopter dan bot.

Op Gergaji ini akan diteruskan dengan lebih menyeluruh bagi membanteras kegiatan rasuah serta pembalakan dan penebangan hutan secara haram di Sarawak

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY