'/>

Terima kasih kepada semua penduduk Bintangor yang memberi Sokongan padu kepada Program Semarak Merdeka di Bintangor...Terima Kasih Kepada Syarikat Salmah Ibrahim(Singer) yang menjadi penaja utama program ini.Terima Kasih Semua...
Kepada Timbalan Ketua Cawangan PBB Encik Morsili Bakar,
Ketua Polis Daerah Meradong serta jentera PDRM Meradong,
Setiausaha MDMJ,
PBB N40 Meradong
Kelab Anak Meradong (KAME)
Kelab Seni Anak Meradong

Kelab Big Biker Sarikei

Berjaya mengegarkan Stadium Bintangor


Tarikh:30 ogos 2014
Lokasi :stadium bola keranjang

Pertandingan
Kek kreatif merdeka "baked and win"
Pertandingan mewarna veteran
Pertandingan mewarna kanak2 Dan dewasa
Pertandingan lagu patriotik
Show kereta
Konvoi bermotosikal

Persembahan Nai Dinamik
Pengiraan detik Kemerdekaan

Pertandingan ratu kemerdekaan

Anjuran Pemuda PBB N40 Meradong dengan kerjasama Syarikat Salmah Ibrahim(singer Bintangor),kelab Anak Seni Meradong,Kelab Anak Meradong...tajaan sepenuhnya oleh Syarikat Salmah Ibrahim.

Sebarang  pertanyaan sila hubungi :
018-9800299/ 084-692012

wanted1

KOTA KINABALU: Polis mempunyai strategi untuk menangkap tiga penculik dan pembunuh yang berpangkalan di Pulau Tawi-Tawi, yang melarikan diri ke negara mereka di Filipina selepas menceroboh perairan Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, ketiga-tiga mereka melarikan diri selepas mengelak daripada ditangkap apabila mereka dikesan di Pulau Maiga di perairan Semporna pada kira-kira pukul 5.30 petang Khamis.
“Kita mempunyai strategi kita mengenai bagaimana untuk menangkap mereka,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
“Kita akan tunggu mereka, dan jika mereka kembali, kita akan menangkap mereka,” kata Jalaluddin.
 Pada Sabtu, polis mengenal pasti dua daripada tiga penceroboh itu yang merupakan Muktadil bersaudara iaitu Badong dan Nilson.
Mereka dipercayai memasuki Sempoerna sebagai pendatang asing tanpa izin dan mungkin mahu menguji kekuatan pasukan keselamatan yang memintas mereka antara Tanjung Sirangol dan Pulau Maiga.
Kumpulan penculik bersaudara itu (di mana bapa mereka yang  sudah meninggal dunia merupakan lanun terkenal) dan seorang lagi rakan sejenayah berjaya melarikan diri.
Menurut polis, Nilson tinggal di Kg Bangau-Bangau dan dipercayai terlibat dalam kes penculikan membabitkan pelancong warga China, Gao Huayun, 29, dan pekerja warga Filipina, Marcy Darawan, 40, di Singgamata pada 2 April lalu.
Pasukan keselamatan melancarkan satu operasi besar-besaran di udara dan perairan untuk memburu mereka berikutan insiden yang berlaku pada Khamis.sumber

Foto Ihsan :MR.President

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY