'/>

Sahabat saya berjaya mengambil gambar eksklusif Datin Seri Rosmah Mansur.

Mesej sahabat saya itu kepada saya, "DS Rosmah pakai Handphone biasa sahaja, not even a smartphone". Saya terkejut, lalu saya katakan kirimkan gambar itu segera, kerana saya tahu rakyat mahu melihatnya.

DS Rosmah Mansur adalah seorang ibu yang sederhana, seorang isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang sederhana, yang kesederhanaannya tidak dilihat mungkin kerana beliau menunjuk-nunjuk kesederhanaan itu. Beliau boleh sahaja memakai handphone jenama terkini jika beliau mahu.

Jika beliau yang selalu dimomokkan dengan pelbagai tuduhan liar oleh pihak tertentu, sudah tentu beliau boleh sahaja memakai handphone jenama IPhone 5S jenama baharu atau Samsung jenama terkini. Tetapi, DS Rosmah mengeluarkan handphone jenis lama yang bukan smartphone pun dari beg tangannya!

Selama ini, beliau akan menerima baik sesiapa sahaja yang memerlukan kehadirannya, walaupun kadang-kadang majlis itu akan membawa impak negatif kepadanya, tetapi kerana menghormati jemputan penganjur, beliau menghadirkan diri juga. Itu adalah kesederhanaan dalam sikap dan cara membuat keputusan.

Beliau hadir semalam dalam majlis Yayasan Pendidikan Cheras, malah kenyataan beliau hanya tidur lebih kurang 4 jam sehari membayangkan pengorbanan beliau kepada rakyat dan negara.

Beliau tidak kekok mendekatkan dirinya dalam majlis-majlis agama, majlis bersalawat ke atas Rasulullah SAW, majlis membaca yassin dan tidak lupa menunaikan umrah di Mekkah. Semua ini adalah kasihsayang Allah SWT kepada hambaNYA.

Saya yakin Allah SWT akan melindunginya dan memberi hidayah-hidayah yang berterusan kepadanya.

Sumber : bicaraperjuangan

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY